Isu ikan siakap yang viral di Langkawi semakin hari menunjukkan beberapa pelanggan yang turut berkongsi resit apabila makan di sebuah restoran. Buat bakal pengunjung yang lain, ini sudah tentu mendatangkan kegelisahan atau kehairanan kenapa ia berlaku. Bagaikan tidak bersedia untuk makan di situ, atau ditipu pengusaha restoran di situ?

Seorang lelaki berbangsa Cina berkongsikan cara orang CIna memesan makanan laut di Restoran. Ambillah sebagai panduan dan jadikan pengajaran kepada mereka yang ingin menikmatinya tanpa rasa menyesal.

Jika poket tebal, pastinya tiada masalah dan tiada isu viral. Mungkin ada berlaku salah faham antara pengunjung restoran dan peniaga di restoran.

makan seafood
Gambar Hiasan

1. Akuarium tepi restoran seafood, bukan galeri atau underwater world. Dia tidak kenakan caj tiket masuk. Itu tempat kalian pilih seafood segar. Kalau anak-anak kecil ikut makan sekali, boleh bawa jalan-jalan tepi akuarium sambil ajar anak-anak nama ikan dan jenis ketam.

2. Sudut kanan (atau kiri) akuarium ada tanda tertera dengan jelas nama seafood (di situlah ayahanda saya mengajar nama dan jenis ikan) dan harga setiap 100g, 1kg, atau sukatan yang sesuai.

3. Tepi akuarium ada penimbang. Kalian boleh minta tauke untuk timbang sebelum makan, atau minta dia membuat anggaran berat.

4. Kalau tiada akuarium pun, orang cina akan terus order seafood ikut berat (kalau bukan harga tetap). Contoh, kalau kami pesan siakap, terus bagitau nak 1.5kg. Tauke akan tengok ada tak 1.5kg. Kalau tiada, tauke akan bagi anggaran julat berat.

5. Peminat seafood dah ada harga seafood darab keberatan dalam kunci kira-kira minda.

Gambar Hiasan

Buat Kira-Kira Sebelum Belanja

Orang cina tidak suka style makan dulu kira nanti. Bila budaya makanan restoran mamak mula berbuat demikian, banyak di kalangan orang cina kurang selesa. Zaman 2000-an, kedai mamak biasa minta pelanggan makan dulu, baru dia datang kira.

Kalau ikut budaya orang cina, selalu kena buat ‘bajeting’ sebelum ‘perbelanjaan’. Makan kedai pun sama. Kalau makan besar, siap hitung dulu, buat kiraan bajet, periksa harga betul-betul, kira berapa kepala, baru layan buat pesanan dan tempahan.

Tabiat ini memang sudah terpahat dalam DNA kami. Budaya ‘makan dulu, kira kemudian’ sangat bahaya, kerana ketidakselesaan ‘caj terlampau’ adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak, ianya cuma akibat ketidaksepadanan kehendak (dengan izin, ‘mismatch of expectation’).

Baca juga : Wakil SAS Rimba Langkawi Jawab Isu Siakap Hidup 7.48kg

Bil SAS Rimba Langkawi

Isu siakap terlampau caj ini, bagi orang cina, jarang berlaku. Kami tertanya-tanya, kenapa tidak membuat kepastian berat ikan sebelum pesan? Kenapa tidak sebut sahaja ‘Siakap tu, bagi 1.5kg cukup’? Saya bila buat tempahan ketam dulu, siap tawar menawar dari segi berat ketam dengan tauke sebelum turunkan pesanan. Tiada masalah.

Ingat tatacara ini kalian, ‘Kira dulu, pesan kemudian’. Tak payah segan-segan. Segan dahulu, menyesal kemudian.

Dalam hal ini, pelanggan tiada salah, restoran pun tiada salah. Restoran siap bagitau harga setiap 100g awal awal. Caj pun ikut harga per 100g. Pelanggan bagi kebebasan kepada restoran untuk anggaran berat ikan.

TAI ZEE KIN

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge