Pakai mask SOP

Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021. Kenaikan kadar kompaun yang dahulunya RM1,000 kini naik berlipat kali ganda untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Perkara ini dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam Portal rasmi Jabatan Peguam Negara semalam.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan kesalahan dan kenaikan kadar kompaun ingkar PKP.

Kompaun Ingkar PKP Dinaikkan RM10000. Ini Kesalahan Yang Boleh Dikompaun

KADAR KOMPAUN MULAI 11 MAC

Kadar kompaun dikenakan bagi individu atau syarikat yang melanggar SOP semasa PKP mulai 11 Mac dikenakan sebanyak:

  • Individu: Maksimum RM10,000
  • Syarikat: Maksimum RM50,000

Sebelum ini, di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

KESALAHAN YANG BOLEH DIKOMPAUN

Antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun ialah:

  • Tidak memakai pelitup muka
  • Gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal
  • Gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan
  • Rentas daerah/ negeri tanpa kebenaran
  • Aktiviti pusat hiburan

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berpendapat sudah tiba masanya nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Kompaun Ingkar PKP Dinaikkan RM10000. Ini Kesalahan Yang Boleh Dikompaun1

Perkara itu dilakukan dengan mengambil kira perkembangan semasa Covid-19 terdapat keperluan untuk meminda Akta 342 atau Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ini kerana keperluan untuk meningkatkan kompaun tersebut kerana di bawah Akta 342, maksimum denda yang dikenakan ialah RM1,000 sahaja dan ia didraf pada tahun 1988.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge