Majoriti yang selalu online, mesti pernah dengar pasal Shopee kan? Dan mesti pernah dengar dengan Lazada kan?
Mungkin anda juga pernah beli barang di Shopee dan Lazada.
Tapi, rugilah kalau asyik keluar duit sahaja bila masuk dan guna apps Shopee tu. Apa kata kita tukar dan buat duit pula dengan apps Shopee tu?
Caranya dengan kita jual barang dan jadi peniaga pula disitu.
Shopee ni lebih kurang sama je macam ebay, lelong dan juga marketplace yang lain. Ianya sebuah website tempat orang ramai boleh menjual dan membeli barang! Bahasa mudahnya. Shopee dan Lazada ini adalah sebuah PASAR tetapi secara online.
Pendapatan boleh mencecah 5 angka
Kalau nak cerita apa yang best jual barang kat shopee ni, memang banyak sangat kelebihan dan keistimewaannya.
Shopee dan Lazada adalah merupakan antara platform marketplace yang terbesar di Asia. Setiap hari, ramai yang menjual di platform-platform marketplace yang lain seperti ebay, Lelong dan juga di website sendiri. Namun Shopee dan Lazada tetap menjadi penyumbang yang terbesar terhadap jualan produk sejak tahun 2015.
Ada peniaga yang berkongsi cerita, jualan yang diperolehi adalah sekitar RM2,000 hingga RM3,000 seminggu. Dalam tempoh sebulan.. dapatlah sekitar RM10,000 menerusi platform tu sahaja.
Oklah tu kan? Lepaslah nak bayar duit ansuran bulanan rumah, kereta , duit sekolah anak, duit makan-minum serta sedikit duit untuk menyimpan.
Ramai peniaga dah dapatkan lubut duit di Shopee dan Lazada
Itu baru dari Shopee dan Lazada sahaja, tak campur lagi dari platform yang lain. Maklumlah orang berniaga ni memang kena banyakkan channel tempat jualan, baru boleh dapat hasil lebih banyak. Tak bolehlah bergantung dan berniaga di satu tempat sahaja.
Sebab, kalau jadi apa-apa kat tempat tu, dah susah kita nanti. Dan sebab kena dapatkan 7 lubuk duit di Shopee dan Lazada
- Mempunyai Bilangan Pengunjung Yang Sangat Ramai
Seperti yang telah dikatakan tadi, bilangan pengunjung yang melawati dua platform sama ada menerusi website ataupun apps, adalah ratusan ribu orang setiap hari. - Pasaran Luas, Seluruh Malaysia
Jika kita membuka kedai di sesuatu kawasan, maka, pelanggan anda adalah orang-orang di sekitar kawasan tersebut sahaja! Tapi, apabila anda membuka “kedai maya” di Shopee dan Lazada, potensi pasaran anda adalah dari seluruh Malaysia, orang-orang dari Kelantan, Perlis, Johor, Sabah & Sarawak pun boleh beli produk anda. - Jualan 24 Jam Tanpa Henti
Ya! apabila kita meletakkan barang di Lazada, orang boleh beli produk 24 jam. Tiada lagi waktu terhad, waktu buka & tutup kedai. Pukul 2-3 pagi sewaktu anda sedang lena tidur pun, ada orang yang beli produk anda. - Kos Rendah
Jika nak buat membina website sendiri, anda kena bayar kos domain dan hosting setiap tahun. Tetapi, di dua platform ni, tiada sewa bulanan atau tahunan yang anda perlu bayar. Kena caj 2% sahaja bagi setiap jualan yang terhasil. Kalau tiada jualan, maka tiada sebarang caj. - Sistem Yang Canggih
Sama ada dari segi sistem pengurusan produk, pengurusan tempahan mahupun sistem pembayaran, ia menyediakan sistem yang canggih yang memudahkan pembeli dan juga penjual. Kita tidak perlu lagi pening kepala memikirkan hal-hal teknikal berkaitan keselamatan sistem dan server. - Jimat Masa, Tak Perlu Layan Whatsapp
Ini juga salah satu kelebihan utama apabila anda menjual di Shopee dan Lazada. Tak perlu lagi buang masa nak layan dan belai-belai prospek yang belum tentu lagi mahu membeli. Kalau mereka berminat, mereka akan terus klik butang order dan buat bayaran. - Promosi & Pemasaran Yang Hebat
Setiap bulan, akan ada promosi pemasaran yang hebat dan secara besar-besaran. Mereka akan membuat iklan di media massa, internet malah Lazada juga pernah menganjurkan konsert untuk kempen 11.11 dan 12.12 mereka. Shopee pun dah gunakan selebriti terkenal dunia untuk promosi.
Jadikan tools marketing dan panduan lubuk duit anda
Untuk menjadi seorang penjual di Lazada, maka, kita perlu percaya pada platform ini dan perlu mempunyai pengalaman membeli terlebih dahulu. Mungkin ada yang tidak pernah membeli di Shopee atau Lazada sama ada sebab “takut ditipu” atau sebab “tidak faham” cara membelinya.
Kita perlu buang dahulu perasaan takut itu dan perlu belajar dahulu cara membeli. Jika “cara membeli” pun anda tidak faham, maka, anda pasti tidak akan faham “cara menjual”, kerana “cara menjual” adalah 10 kali ganda lebih rumit dari “cara membeli”.
Jika ada yang betul-betul berminat untuk dapatkan ebook Lubuk Duit Bisnes, memang ada berita gembira. Lengkapkan ilmu Rahsia Lubuk Bisnes Shopee dan Rahsia Besar Bisnes Lazada yang perlu ada pada mereka yang ingin buat duit.