Selaras dengan pengumuman PEMERKASA oleh YAB Perdana Menteri, PERKESO sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia akan melaksanakan insentif pengambilan pekerja
di bawah PenjanaKerjaya 2.0 yang merangkumi pekerjaan jangka pendek atau pekerjaan gig di bawah Program KerjayaGig.
Berikut dikongsikan maklumat lengkap tentang KerjayaGig PERKESO bagi makluman bersama.
Apakah KerjayaGig PERKESO?
Program KerjayaGig menyediakan insentif sebanyak RM600 sebulan sehingga tempoh maksimum 6 bulan kepada pekerja yang diambil bekerja oleh platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar di bawah PERKESO.
Insentif ini disediakan khusus kepada pekerja-pekerja daripada sektor ekonomi yang terjejas ekoran penularan wabak COVID-19 termasuk pekerja yang diberi cuti tanpa gaji, dikurangkan gaji ataupun yang kehilangan pekerjaan.
Insentif yang disediakan ini adalah bagi pengambilan pekerja yang bermula pada 18 Mac 2021.
Di bawah program ini, platform penyedia perkhidmatan gig yang menawarkan pekerjaan jangka pendek kepada pencari kerja juga akan menerima insentif sebanyak RM200 secara “one-off” bagi setiap pengambilan.
Syarat Kelayakan
Individu yang bekerja sendiri atau gig daripada kategori berikut adalah berkelayakan di bawah Program KerjayaGig:
- Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO dan sedang menerima Cuti Tanpa Gaji
- Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO dan diberhentikan kerja
- Pencari kerja dari golongan rentan (contohnya penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih)
Tarikh Permohonan
Permohonan bagi insentif program ini boleh dikemukakan kepada PERKESO mulai 1 April 2021. Tarikh akhir permohonan adalah 30 Jun 2021.
Baca juga : Peluang Kerjaya di MyFutureJobs PERKESO
Cara Permohonan Program KerjayaGig
Kategori: Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator)
- Mengiklankan jawatan kosong di myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri)
- Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja.
- Hantar permohonan KerjayaGig menerusi sistem PenjanaKerjaya.
- Proses kelulusan akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pekerja.
- Majikan terima pembayaran dalam masa 30 hari.
Kategori: Orang Bekerja Sendiri (OBS)
- OBS akan menerima e-mel notifikasi setelah permohonan Operator diluluskan.
- OBS akan menerima bayaran yang pertama setelah membuat pengesahan.
- Untuk menerima bayaran bagi bulan kedua hingga keenam, OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya. (Mulai bulan kedua)
- OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya (penjanakerjaya.perkeso.gov.my).
- *OBS perlu melaporkan kepada PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman sesawang www.perkeso.gov.my dan media sosial rasmi PERKESO dari
semasa ke semasa.
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel perkeso@perkeso.gov.my.