Umat Islam wajib percaya pada syurga dan neraka. Ia perkara ghaib yang menjadi milik Allah. Namun ada beberapa doa yang harus umat Islam tahu untuk mengelak seksa neraka selain mengerjakan amal kebaikan dan beramal soleh. Salah satunya adalah berkaitan doa berbunyi “Allahumma ajirni minan naar”
Ia perlu dibaca tujuh kali selepas solat Subuh dan Maghrib. Dimana sesiapa yang membacanya dan jika dia meninggal pada hari itu maka terlepas dari neraka.
Dalam satu soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus, beliau ditanya tentang doa tersebut oleh seorang pengguna. Soalannya adakah benar seorang akan terlepas seksa neraka jika meninggal pada hari tersebut.
Allahumma Ajirni Minan Naar Selepas Subuh dan Maghrib
Seorang penceramah menyebut siapa yang membaca ‘allahumma ajirni minan naar’ 7 kali waktu Subuh dan Maghrib kalau dia mati hari itu dia terlepas dari neraka. Benarkah Ustaz?
Adakah selepas selesai sembahyang lima waktu juga termasuk waktu mustajab doa dan boleh Ustaz terangkan apakah sebabnya?
JAWAPAN :-
TERLEPAS DARI NERAKA
Memang benar apa yang telah diberitahu oleh penceramah tersebut bahawa barangsiapa yang membaca اللَّهُمَّ أجِرْنِي مِنَ النَّارِ sebanyak tujuh kali selepas sembahyang maghrib dan sembahyang subuh akan terlepas dari api neraka. .
Telah diriwayatkan daripada Muslim bin Al-Harith At-Tamimi r.a. daripada Nabi saw memberitahu kepadanya dengan sabdanya :
إذَا انْصَرَفْتَ مِنْ صَلاةِ المَغْرِبِ فَقُلِ: اللَّهُمَّ أجِرْنِي مِنَ النَّارِ سَبْعَ مَرَّاتٍ، فإنَّكَ إذَا قُلْتَ ذلكَ ثُمَّ مُتَّ مِنْ لَيْلَتِكَ كُتِبَ لَكَ جِوَارٌ مِنْها، وإذَا صَلَّيْتَ الصُّبْحَ فَقُلْ كذَلِكَ، فإنَّكَ إنْ مُتَّ مِنْ يَوْمِكَ كُتِبَ لَكَ جِوَارٌ مِنْها
Artinya : “Apabila berpaling (selesai) kamu dari sembahyang maghrib maka kamu ucaplah : Ya Allah lepaskan aku dari neraka sebanyak tujuh kali. Maka sungguhnya kamu apabila kamu kamu mengucapkan yang demikian itu kemudian kamu mati pada malamnya akan ditulis bagi kamu kelepasan dari api neraka. Dan apabila kamu telah selesai dari sembahyang subuh maka ucaplah seperti demikian maka sungguhnya jika kamu mati pada siangnya nescaya ditulis bagi kamu kelepasan dari api neraka.”
Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tabarani dan Al-Munziri dan Al-Hafiz Ibnu Hajar.
Baca juga : Segeralah Tutup 18 ‘pintu’ Ini Agar Jin, Syaitan Tidak Berjaya Merasuk Ke Dalam Diri Manusia
WAKTU MUSTAJAB DOA
Memang benar antara waktu yang mustajab doa maksudnya waktu yang lebih diharapkan Allah memperkenankan doa ialah selepas selesai dari sembahyang lima waktu.
Telah diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. beliau berkata :
قيل لرسول الله -صلى الله عليه وسلم: أيّ الدعاء أسمعُ؟ قال: “جوفُ اللَّيْلِ الآخِر، ودبرُ الصلواتِ المَكْتوبات
Ertinya : “Telah ditanya kepada Rasulullah saw : Manakah doa yang lebih didengari? Nabi saw bersabda : Pada waktu tengah malam dan pada setiap selesai dari sembahyang lima waktu.”
Hadith ini telah diriwayatkan olih Imam At-Tirmizi.
Berkata Syeikh Ibnu ‘Alan As-Syafie :
Ertinya : “Maksud dibelakang sembahyang maktubah itu artinya sekelian sembahyang fardu. Bermula yang demikian itu dari kerana sungguhnya munajat seorang hamba akan Tuhannya dan tempat permintaannya daripada kurnia-Nya. Dan selepas sempurna amalan yang menzahirkan cita-cita.” (Kitab Dalil Al-Falihin)
Telah diriwayatkan daripada Ja’afar bin As-Sadiq beliau berkata :
Ertinya : “Bermula berdoa kemudian daripada sembahyang lima waktu itu lebih afdhal daripada berdoa selepas sembahyang sunat. Seperti kelebihan sembayang fardu atas sembahyang yang sunat.” (Riwayat At Tabarani)
Imam Al-Ghazali manaqalkan perkataan Imam Mujahid :
أنَّ السبب في استجابة الدعاء بعد الصلوات هو أنَّ الله -تعالى- جعل الصلاة في أحسن وأفضل الأوقات، لذا فالدعاء بعدها مستجابٌ
Ertinya : “Sungguhnya sebab pada diperkenankan doa selepas sembahyang lima waktu itu bahawasnya Allah Taala telah menjadikan sembahyang itu pada seelok-elok. Dan sebaik-baik waktu dari segala waktu. Kerana itulah maka berdoa selepasnya diperkenankan.” (Ihya’ ulumiddin)
wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
kashoorga