Pasangan berpisah 1

Memang tak akan habis kalau nak bercakap mengenai hubungan menantu dan mertua ini, kalau sama-sama ego susah bertolak ansur memang tak sudah perselisihan faham. Boleh jadi sampai berlaku perpisahan barulah masing-masing nak mengalah.

Sudah menjadi adat dalam rumahtangga akan sentiasa ada ujian sebelum mencapai kebahagiaan, kalau bukan orang luar yang menjadi pihak ketiga, boleh jadi ahli keluarga sendiri. Tapi itulah adat resam dalam rumahtangga.

Kalau dapat mertua yang memahami, alhamdulillah memang rezeki. Tapi anda pun kenalah buat baik juga dengannya, jangan ambil kesempatan. Tapi kalau dapat mertua yang sebaliknya, jangan kecewa ini juga rezeki untuk anda kenal mereka dengan lebih dalam lagi.

Realitinya, mertua dan menantu ini boleh jadi kawan yang sangat akrab malah mereka juga boleh jadi musuh yang sangat berdendam.

Ibu mertua 7 hari mencintaimu

Berikut perkongsian Imam Muda Hassan Adli.

Susahnya nak ambil hati mertua

Nak tak nak, suami isteri kena terima hakikat bahawa perkahwinan bukan hanya melibatkan suami isteri sahaja, tapi melibatkan mertua dan ipar duai. 

Cara mertua mungkin tak sama dengan cara ibu ayah kandung kita. Cara kemas baju, lipat kain, sidai baju, memasak, kemas rumah, waktu tonton TV, cara makan, cara basuh pinggan…. semua tu tak sama. So ingat, “jangan samakan cara keluarga kita dengan keluarga mertua”. Sebab apa tak sama?

ibu Mertua

Sebab Rules and Regulations berbeza setiap keluarga.

Suami wajib ikut rules keluarga isteri, isteri juga wajib follow rules family suami. Jangan terlalu cepat melatah and please stop complaining and comparing! Sebab bukan kerja kita nak ubah manusia, tugas kita “macamana aku nak sesuaikan diri dalam family ni”.

Mentua marah

Ini ada sikit tips untuk ambil hati mertua :

• Isteri tunjuk rajin masak di dapur, walau tak pandai masak sekalipun. Sebab fikiran ibu mertua, kalau isteri tak suka duduk dapur, dia akan susah hati memikirkan nasib anak laki dia, siapa yang akan masak untuk anak laki dia.

• Selalu berikan hadiah. Tak semestinya mahal-mahal. Mertua bukan tengok pada nilai hadiah, tapi dia suka tengok sikap menantunya yang baik suka memberi. Dan memang Nabi ajar kita supaya selalu beri hadiah sebab ia boleh menambat kasih sayang.

• Jangan asyik berkepit dengan pasangan. Ia mungkin merimaskan mertua. Kalau nak berkepit, berkepitlah 24 jam kat rumah sendiri.

• Jangan sesekali marah pasangan depan mertua. Ia akan menjadikan mertua mula susah hati dan tawar hati dengan menantunya.

• Angguk-angguk kepala tanda setuju. Apa yang mertua cakap, iyakan aje. Tak perlu bantah. Melainkan ianya memang betul-betul salah, dan cara nak betulkan statement mertua mesti dengan cara bahasa yang berlapik, jangan terlalu direct. Budi bahasa budaya kita!

Sebenarnya tak susahpun nak ambil hati mertua…

Hassan Adli
Menantu yang baik in shaa Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge