Diskaun Saman JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pengurangan bayaran saman kompaun sebanyak 80 peratus kepada semua Notis Saman JPJ (yang boleh dikompaun) bermula 9 hingga 12 Disember ini.

Pengurangan bayaran saman itu dilaksanakan sempena sambutan Acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula Khamis ini.

JPJ menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, diskaun bayaran saman itu bagaimanapun tidak terpakai bagi kes-kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

Diskaun Saman JPJ

Kemudahan bayaran saman itu turut disediakan menerusi kemudahan Unit Mudah Alih JPJ dan Kioks JPJ di sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan seluruh pejabat JPJ di seluruh negara.

Pengurangan kadar kompaun diberikan kepada semua saman bagi kesalahan yang boleh dikompaun seperti disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003.

Tawaran itu tidak terpakai bagi kes yang telah didaftarkan di mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap yang belum Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA).

Tawaran ini turut diberikan kepada semua Notis Saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa, dengan syarat urusan pembayaran tersebut dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan iaitu 9 Disember sehingga 12 Disember 2021.

Jabatan Pengangkutan Jalan Diskaun Saman

Kemudahan bayaran saman itu disediakan menerusi Unit Mudah Alih JPJ dan Kiosk JPJ di sekitar KLCC dan semua pejabat JPJ di seluruh negara.

Orang ramai disaran membuat semakan status saman terlebih dahulu, terutama rekod membabitkan saman AES (melalui portal mySIKAP JPJ) atau di mana-mana kaunter pejabat JPJ.

Orang ramai adalah disarankan untuk membuat semakan status saman terlebih dahulu, terutama rekod yang melibatkan saman AES (melalui portal mySIKAP JPJ), atau di mana-mana Kaunter Pejabat JPJ. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge