Bayar Saman JPJ Diskaun 70

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun sehingga 70 peratus ke atas semua saman selama sebulan bermula esok, 18 Ogos hingga 16 September 2021 sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64 yang bertemakan “Malaysia Prihatin”.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, pengurangan kompaun yang bermula esok ini akan diberikan kepada semua notis saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya, termasuklah kes yang masih dalam tindakan Senarai Hitam (blacklist).

Bagaimanapun bagi kes yang masih dalam sebutan pihak Mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan dikecualikan.

JPJ Malaysia

Pengurangan ke atas notis saman tersebut adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

Sementara itu, tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan iaitu sehingga 16 September 2021.

Urusan pembayaran notis saman ini boleh dibuat di semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan UTC, kiosk atau secara atas talian (online) melalui portal mySIKAP JPJ (https://public.jp j.gov .my/).

JPJ My Sikap

Waiau bagaimanapun , bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam (blacklist), pesalah dikehendaki untuk hadir semula ke pejabat JPJ (Cawangan ataupun Negeri), bagi tujuan proses dokumentasi semula, sebelum sebarang urusan pembayaran dapat dilakukan.

Tawaran pengurangan notis saman ini dibuat semata-mata bagi tujuan meringankan beban rakyat, selaras dengan kemelut ekonomi yang melanda segenap lapisan masyarakat di negara ekoran daripada pandemik Covid-19 .

CARA BAYAR SAMAN DENGAN DISKAUN 70%

Sekiranya anda ingin membayar saman dengan tawaran diskaun sebanyak 70%, anda mestilah bayar dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sehingga 16 SEPTEMBER 2021 sahaja. Pembayaran saman dengan diskaun boleh dilaksanakan melalui salah satu kaedah berikut:

  1. Pejabat JPJ
  2. Cawangan JPJ
  3. UTC
  4. Kiosk
  5. Portal JPJ (Online)

SEMAK SAMAN ONLINE / SMS

Semakan saman JPJ dan pembayaran boleh dilakukan secara atas talian sahaja dengan mudah! Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh buat semakan melalui SMS.

Untuk cara semak saman JPJ secara online atau SMS, anda boleh semak di pautan berikut:

cara bayar saman jpj diskaun
saman jpj diskaun 70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge