Cara rawat sihir

Sebuah perkongsian tentang salah satu penyakit jiwa masyarakat kita yang perlu kita ubah secepat mungkin. Terutamanya dalam bidang bisnes iaitu penyakit hasad dan dengki yang akhirnya membawa kepada berlakunya ilmu hitam atau dikenali sebagai sihir perniagaan.

Sihir adalah satu perbuatan yang bertujuan menyakiti atau mempengaruhi badan, akal atau hati orang yang disihir yang dilakukan di luar dari hukum alam bagi menjatuhkan orang lain bagi mencapai kepentingan diri sendiri. Dalam istilah dunia Melayu, sihir digelar ilmu hitam dan berkait rapat dengan pertolongan dan hubungan dengan jin.

Sihir perniagaan biasanya digunakan pada 2 perkara atau salah satu daripadanya iaitu pada tempat perniagaan atau pada pemilik perniagaan. Jadi, sentiasalah berhati-hati jika anda seorang peniaga. Diri sendiri mesti kuat dan sentiasalah memerhati tempat perniagaan anda.

sihir duit

Tanda terkena sihir perniagaan

Pada pemilik perniagaaan:

Sering sakit kepala, berasa malas bekerja tanpa sebab, kurang motivasi, pertelingkahan sering berlaku antara suami isteri tanpa sebab, sakit yang sukar dirawat cara pengubatan moden, selalu bermimpi ular, orang yang telah meninggal dunia, dan mimpi yang aneh-aneh.

Pada premis perniagaan:

Pekerja-pekerja yang berkerja dalam sesebuah perniagaan sering bertengkar, bergaduh dan kerap berhenti,  terdengar bisikan-bisikan dan juga kerap kali terlihat bayangan lembaga-lembaga yang menakutkan, sering terjumpa duit syling atau wang kertas tanpa diketahui sumbernya dan juga bungkusan-bungkusan yang aneh serta pasir atau kemenyan yang ditaburkan di lantai premis.

Kadang kala premis anda menjadi ghaib dari pandangan pelangan dan kerap kali ada benda asing dalam periuk nasi atau di hidangan makan pelanggan.

Sihir perniagaan dan sihir-sihir yang lain apabila semakin dibiarkan akan semakin cepat merosakkan dan membinasakan anda. Sekiranya ada sahaja tanda-tanda ini, anda patut ragu dan mengambil tindakan Pantas untuk menghentikannya dengan jalan berubat secara Islam.

Baca juga : Ustaz Kazim Derita Bengkak Kaki, Didakwa Terkena Sihir

Artikel Berkaitan : Zara Zya Kena Khianat Sihir, Orang Tak Nampak Kedai Dibuka

Rawatan Sihir Perniagaan

Bagaimana Mencegah Sihir dan Mengubatinya

1. Cegah dan ubatilah dengan solat 5 waktu. Bagi peniaga, sibuk walau bagaimana sibuk pun, solat jangan diabaikan. Barangsiapa yang abaikan solatnya, Allah abaikan urusannya. Jangan kita hanya solat ikut waktu. Waktu senang, kita tinggalkan atau abaikan, waktu susah, baru kita mencari tikar sejadah yang telah lama ditinggalkan.

Walaupun anda peniaga, tetapi jangan jadikan SOLAT sebagai bahan niaga antara anda dan Tuhan. Anda pasti menyesal jika melakukannya.

2. Bersedekahlah. Orang yang rajin bersedekah dengan keuntungan yang didapatinya, insyaallah akan dijauhkan dari segala perkara buruk yang tidak diingininya. Nabi menjanjikan bahawa tiada bala yang dapat turun kepada orang yang rajin bersedekah kerana Allah. Memberilah kepada anak yatim dan orang-orang susah, nescaya Allah lepaskan anda dari kesusahan di dunia ini lagi.

3. Bacalah setiap kali setelah solat 5 waktu:

al-Fatihah ( 1 kali ), 3 Qul ( 1 kali ), Ayat Kursi ( 1 kali ), Ayat 1000 Dinar ( 1 kali ) Bacaan zikir harian: “La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai’in Qodir ” ( 20 kali )

Beramal Dan Faham AlQuran

Jangan jadikan ayat al-Quran sebagai alat gantungan sahaja di premis perniagaan anda kerana itu adalah tanda penghinaan kepada ayat-ayat Allah SWT jika anda tidak mengamalkannya. Jika digantung dengan niat untuk mengamalkannya atau memperingatkan diri sendiri serta orang lain untuk mengamalkannya, maka diperbolehkan.

Sentiasa memperdengarkan bacaan al-Quran di premis perniagaan anda. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan perkara yang sia-sia sahaja daripada berlaku. Bahkan dapat juga  memperingatkan diri kita bahawa kita beserta perniagaan kita merupakan hamba dan milik Allah semata-mata dan bisnes adalah antara tali penghubung antara kita dan DIA.

Baca juga : Tukang Sihir, Bersetubuh Dengan Mayat Boleh Didakwa

Artikel Berkaitan : Deria Keenam, Ghaib dan Mistik dalam Drama Sihir

Sihir Perniagaan
Duit syiling pun orang buat sihir

Disebalik keghairahan ni, amalan sihir masih ada lagi yang amalkan. Kalau tak hantar sihir kat pesaing, mesti guna sihir untuk lariskan kedai sendiri. Inilah cara paling kotor dan tak berani berdepan dengan persaingan. Sedangkan bila seseorang tu menceburi perniagaan, memang tak boleh lari dari persaingan. Kalau tak nak bersaing secara sihat, bekerjalah makan gaji.

3 Comments

    1. Author

      Perlu melihat apakah jenis dan ‘pelaris’ yang digunakan. Apakah ia menggunakan ayat2 Al Quran?

Leave a Reply to admin GB Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge