Zakat fitrah

Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna.

Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisab, haul dan sebagainya

Kadar Zakat Fitrah 2022 / 1443H Seluruh Negeri di Malaysia

SENARAI KADAR BAYARAN HARGA ZAKAT FITRAH TAHUN 2022 SELURUH NEGERI

Berikut ialah kadar bayaran harga zakat fitrah bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2022 bersamaan 1443 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri dan disertakan bersama pautan untuk membuat bayaran zakat secara online:

Perlis

Kedah

Pulau Pinang

Perak

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Johor

Pahang

Terengganu

Kelantan

  • Kadar Bayaran: RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
  • Pautan Bayaran Online: https://www.e-maik.my/

Sarawak

Sabah

Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan

Setiap pembayar zakat hendaklah memilih kadar zakat sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan asasi masing-masing.

Contohnya umat Islam di Negeri Melaka menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya.

Sehubungan dengan itu, pembayar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran itu dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian mereka. Sebagai rujukan, sila lihat kepada maklumat berikut.

RM5.00 – Beras Super Tempatan (10-15% hancur).
RM7.00 – Beras Super Special Tempatan (5% hancur).
RM10.00 / RM12.00 / RM14.00 / RM16.00 – Beras Super Import / Beras Perang / Beras Pulut / Herba Ponni / Beras Wangi / Beras Calrose / Beras Poney atau setara dengannya.
RM21.00 – Beras Basmathi / Beras Jepun / Beras Merah.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge