Semua orang mengimpikan untuk mendirikan rumahtangga dengan calon pilihan hati namun malangnya bukan semua yang memiliki peluang sedemikian. Ramai juga anak-anak muda yang inginkan nasihat tentang kahwin pilihan keluarga atau pilihan sendiri.
Semua lelaki ingin bercinta dan memiliki teman wanita untuk mereka cintai seumur hidup mereka. Tapi ada juga lelaki yang tidak berpeluang merasai kenikmatan bercinta pada usia muda kerana sibuk dengan kerjaya dan cinta-cita.
Orang kata berkahwin dengan orang yang kita cintai itu seronok dan impian semua orang. Yelah, kita sudah kenal hati budi pasangan kita itu. Perangai buruk dia pun kita dah tahu. Jadi tidak susah lah untuk saling memahami dan melengkapi.
Lagipun kasih sayang itu telah wujud, jadi kalau apa-apa berlaku kasih sayang itu mampu menjadi pertahanan antara dua hati ini. Lebih-lebih lagi kalau yang sudah bercinta bertahun-tahun, mestilah kita dan dirinya saling memahami kan?
Tapi bagaimana agaknya apabila jodoh kita itu adalah pilihan keluarga. Memanglah ramai yang berkata bahawa bercinta selepas nikah itu seronok, tapi macam mana kita nak sebumbung dengan orang yang kita tak kenal ini?
Bagaimana kita nak tangani dan memahami apa yang dia suka dan dia tak suka? Lagi susah apabila dapat tahu dahulunya dia mempunyai kekasih hati sebelum berkahwin. Macam mana kita nak tambat hati si dia agar terpaut kepada diri kita. Banyak perkara yang perlu dimulakan dan difikirkan.
Baca juga : Bercinta Dengan Pasangan Introvert Yang Misteri, Betul Ke Ni?
Perkahwinan Pilihan Keluarga
Kalau ahli keluarga anda sudah memperkenalkan dengan bakal menantu pilihan mereka, mungkin anda risau kerana anda berdua belum kenal rapat dan mungkin sukar untuk serasi bila hidup bersama.
Kelebihan yang anda dapati adalah bercinta selepas nikah, ya memang benar tetapi mampukah anda untuk menangani sebarang kemungkinan apabila anda berdua langsung tidak mengenali?
Apa yang penting ketika ini adalah mendapatkan restu keluarga kerana tanpa restu mereka mana mungkin anda boleh melayari bahtera perkahwinan dengan selamat dan sejahtera.
Perkahwinan Pilihan Sendiri
Anda tentu pernah tengok rakan anda yang sedang hangat bercinta, mesti anda kadang-kadang cemburu bukan? Itulah nikmatnya bercinta sebab selalu dapat berdua-duaan walau ke mana sahaja.
Dengan pilihan sendiri kadangkala anda harus mengorbankan masa sekadar untuk memuaskan hati gadis yang anda cintai untuk meluangkan masa berdua.
Kalau pilihan sendiri anda mungkin dapat mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam kerana anda kemungkinan sudah berkenalan dengannya bertahun ataupun berbulan lamanya.
Baca juga : 17 Tanda Lelaki Suka dan Jatuh Cinta Dengan Anda
Sebenarnya, apabila dikatakan jodoh itu datang dengan pelbagai cara. Ini bermakna jika kita kahwin pilihan keluarga atau sendiri itu adalah dikatakan jodoh. Cuma jika tidak mampu bertahan, seperti putus di tengah jalan ataupun bercerai.
Itu dikatakan jodoh itu hanya setakat itu sahaja. Ia dipanggil jodoh juga, cuma jodoh yang sementara bukan yang hingga akhir hayat.
Jadi jangan risau, sama ada jodoh itu pilihan sendiri atau pilihan keluarga, pasti akan bahagia pada akhirnya. Cuma yang membezakannya adalah bagaimana kita mengapai bahagia itu. Melalui cara yang mudah atau sebaliknya. Hal ini kerana setiap orang mempunyai jalan hidup yang tersendiri.