Pemilik kancil lejen

Perodua ‘Kancil Lejen’ kembali tular di media sosial selepas kenderaan tersebut dilihat berada di atas jalan sekitar Kepong.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menerusi kemaskini di Facebook memaklumkan telah melaporkan perkara itu kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil tindakan lanjut.

“Keberadaan kereta ini di jalan raya sangat membahayakan. Tayarnya sudah pecah dan kepala pemandu terkeluar dari kereta. Kalau dibiarkan di jalan raya, pasti akan berlaku sesuatu. Trafik di Kepong pula sentiasa sibuk. Pihak pejabat saya sudah melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa DBKL dan dalam masa terdekat ini, kereta ini akan ditunda. Lokasi kereta ini sudah dikenal pasti,” Lim Lip Eng

Beliau pada Selasa lalu turut berkongsikan video kereta tersebut berada di atas jalan raya dan menggesa pihak berkuasa termasuk pihak polis mengambil tindakan sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

Kancil lejen kuning

“Pihak berkuasa tak mahu buat apa-apa ke? Sudah lama kereta ini berkeliaran di kawasan Kepong.

“Saya akan usahakan untuk berjumpa dengan pemilik kenderaan tersebut dan berbincang dengan dia pasal keadaan hidupnya,” tulisnya.

Menurutnya, yang menjadi keutamaan adalah memastikan kenderaan tersebut tidak berada di atas jalan demi keselamatan pengguna.

“Sudah tiba masanya kereta ini berehat dari medan pertempuran jalan raya,” tulisnya diakhiri ucapan RIP kereta Kancil Lejen.

Kereta Kancil Lejen itu sering kelihatan di Kepong selain pernah juga dilaporkan melalui jalan Rawang. Sinar Harian difahamkan pemilik kereta berusia lingkungan 40-an itu pernah diambil tindakan sebelum ini tetapi menggunakan dua kereta Perodua Kancil lain yang telah ditahan.

Satu kenderaan tersebut telah dilupuskan sementara sebuah lagi kenderaan kini berada di stor Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Penularan terbaharu itu adalah kes ketiga dilaporkan di mana tindakan boleh dikenakan atas kesalahan cukai jalan dan struktur kenderaan tersebut jika berada di atas jalan. -Sinar Harian

Warganet mengandaikan beliau bukan orang yang biasa-biasa. Mungkin ada sesuatu tentang pemilik kereta lejen ini. Bagaimana ia ke sana ke mari di musim PKP ini?

2 Comments

Leave a Reply to Wan Zawawi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge