duit ringgit malaysia

Umum mengetahui, Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa ketiga bakal dimumukan tidak lama lagi walaupun tarikh rasmi pembayaran belum dikeluarkan namun ramai yang pastinya teruja untuk menunggu kelulusan permohonan mereka.

Selepas BSH fasa pertama dan kedua berjaya dilaksanakan dengan sempurna, rakyat Malaysia menantikan pelaksanaan BSH fasa ketiga yang bakal bermulai Julai ini. Sebelum permohonan anda diluluskan, jom semak semula apakah syarat kelayakan permohonan BSH kali ini.

Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi Fasa 3 melibatkan penerima bukan di kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan dibuat sebelum akhir Julai ini.

Bayaran BSH Fasa 3

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, implikasi kos bagi Fasa 3 bayaran BSH itu adalah sebanyak RM3 bilion yang melibatkan seramai 5 juta penerima iaitu masing-masing 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang.

Penerima kategori isi rumah yang menerima bantuan sebanyak RM600 akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak (bawah 18 tahun) dengan maksimum empat orang anak. Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat anak akan mendapat RM1,080.

Baca juga : RM300 Bantuan Khas Ibu Tunggal PENJANA

Duit bantuan dan simpanan

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BSH 2020

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status BSH 2020 melalui Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my) :

1. Semakan status boleh dibuat secara online menerusi portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/.

2. Klik menu ‘Semakan Status Permohonan’ (Maklumat pembayaran BSH 2020).

3. Kemudian, masukkan Nombor MyKad.

4. Isi captcha dan tekan butang ‘Semak’.

5. Maklumat yang akan dipaparkan iaitu :

Status Permohonan dan

Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Semakan bayaran BSH Fasa 3

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau
aduan melalui saluran berikut:
i. Portal Rasmi BSH LHDNM, https://bsh.hasil.gov.my; atau
ii. Aplikasi Mobile BSH; atau
iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
iv. MoF: 03-8882 4565 / 4566
(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
v. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC
LHDNM.

grabpay ePenjana

Kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi, merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion.

Antara pengumuman yang mendapat perhatian ialah Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-wallet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020.

Untuk makluman, berdasarkan program eTunai Rakyat yang lepas hanya terdapat tiga penyedia eWallet sahaja yang disahkan oleh kerajaan Malaysia bagi perlaksanaan program itu iaitu Touch n Go, Boost dan Grabpay.

Anda perlu tahu hanya sekali sahaja setiap orang dapat tebus RM50 itu dan pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Cara Download eWallet dan App MySejahtera di sini

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
LIM TECK KIAT
4 years ago

Kiat

nikkhazami
4 years ago

alamak, saya tak apply lagi ni. lupa
nikkhazami recently posted…Cara Buat Diskaun di ShopeeMy Profile