iSinar Akaun 1

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan mengkaji semula cadangan pengeluaran akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam usaha meringankan beban pekerja di Malaysia yang tertekan ekoran penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Kelonggaran bagi pengeluaran tersebut antaranya dapat membantu mereka yang tiada pekerjaan mahupun kehilangan pekerjaan. MTUC berpendapat daripada mereka meminjam, adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran tersebut.

Kaedah ini dapat mengurangkan beban ekonomi pekerja terhadap pinjaman sedia ada, bil utiliti yang tertunggak mahupun kegunaan perbelanjaan kehidupan harian di samping menggunakan dana yang dikeluarkan ini sebagai modal perniagaan perniagaan untuk menyara hidup mereka

Update : Kerajaan Benarkan Pengeluaran RM500 Akaun 1 KWSP

semak dividen kwsp 2018

Ini pula pandangan peribadi AJ tentang Pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1

Saya sambung survey Rakan Jutawan saya Rahimi Mustafa. Pandangan Peribadi AJ:

Yes, EPF adalah Dana Persaraan Namun AJ setuju kerajaan benarkan Pengeluaran dari Akaun 1 dapat dikeluarkan tetapi:

  • Hanya Boleh Keluarkan Maksima RM10,000 atau Maksima 10%daripada Balance Akaun 1 (whichever is Lower)
  • RM10,000 bukan one off tetapi diberikan untuk beberapa bulan i.e untuk tempoh 6-12 bulan
  • Feedback Positif Pengeluaran EPF dapat menjana ekonomi melalui perbelanjaan domestik dan mengurangkan masalah social
  • Based on keadaan semasa pun, rakyat Malaysia ramai yang semakin sakit dan meninggal sebelum usia Persaraan bagi menikmati wang Persaraan tersebut
  • Yes, wang untuk Persaraan. Tapi jika dalam situasi semasa pun gagal dalam meneruskan kehidupan, adakah mampu sampai ke Usia Persaraan?

    Contoh : RM10,000 x 5 juta Pencarum EPF = RM50 billion additional Liquidity in The Market yang boleh membantu banyak pihak yang kini tersepit angkara:
  • Covid 19
  • Ketidakstabilan Ekonomi Dunia
  • Trade War between China dan USA
  • Ketidakstabilan Politik yang membuatkan Pelabur Asing lari
Duit Gaji

Ada kemungkinan pekerja terpaksa meminjam dengan institusi kewangan sehingga ke pinjaman ah long disebabkan terhimpit untuk meneruskan kehidupan harian.

MTUC berpendapat daripada mereka meminjam, adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran tersebut.

Baca juga : Kerajaan Setuju Kaji Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Pinjam Ahlong Borang Kosong

Sementara itu, Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin, Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, cadangan supaya kerajaan memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang daripada akaun satu KWSP bukan langkah terbaik.

Secara umum simpanan wang KWSP adalah bagi tujuan kegunaan pada hari tua atau selepas bersara.

“Pada masa ini pun kerajaan telah memberikan kelonggaran kepada pemilik akaun untuk membawa keluar wang daripada akaun dua. Jika akaun satu juga dibenarkan, kita risau ramai berdepan masalah kewangan pada hari persaraan.

“Tidak ada satu jaminan di mana jika kita berikan kelonggaran pengeluaran akaun satu, pesara akan mempunyai wang yang cukup nanti,” katanya.

Ahmad Azrin berkata, apa yang membimbangkan ialah jika kelonggaran diberikan untuk mengeluarkan wang daripada akaun satu, mereka yang tidak terkesan turut mengambil peluang berbuat demikian.

12 Comments

  1. Saya kurang bersetuju mengenai pengeluaran akaun 1 ini kerana kerajaan sebelum ini telah memberikan kelonggaran pengeluaran akaun 2. Sepatutnya dimanafaatkan pengeluaran akaun 2 tersebut dgn pembelanjaan berhemah. Bukannya nak dihabiskan apa yg sedia ada.

  2. Untuk duit rakyat… klu RM10K one off apa salah… skrg banyak syarikat yg kurang operasi dan juga waktu kerja di singkatkn… jadi pendapatan perkerja memang terjejas… jadi ade pengeluaran RM10K dpt lh mejelaskan hutang pd bank …klu tak bank akan backlist paling takuti muflis

  3. Daripada pergi pinjam pada ah long, better bg rakyat guna duit KWSP sendiri. Belum tentu lagi semua dapat rasa duit tersebut lepas bersara. Rata2 yg dpt ialah waris shj. Kan lebih baik guna time pendapatan terjejas sbb covid nie. Apa gunanya ada duit dlm account 1 KWSP jika penama dah kena blacklist / muflis skrg sbb hutang yg tak mampu dibayar. Dah Norma baharu buatlah keputusan yang baharu juga berdasarkan keadaan semasa rakyat. Fikirkanlah.

  4. Bagi kami yg balik kg kerna hilang pekerjaan amat memerlukan duit kwsp rm10000 one off itu.
    Untuk membeli keperluan makanan harian dan membayar pinjaman yg di buat sblm ini dari pelbagai pihak.
    Terimah kasih kpd pihak yg berwajib.

    1. I’m muhamad wahabi x dpt kwsp x berkerja tiada sumber pendapatan musim pkp

  5. Sapa taknak duduk diam2 bg kpd org2 yg mmerlukan..

Leave a Reply to Ooh Deo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge