Sambutan Hari Gawai atau Gawai Dayak merupakan simbol perpaduan, aspirasi dan harapan bagi masyarakat di Sarawak. Sudah menjadi tradisi bagi MAGGI untuk menganjurkan sambutan Gawai sejak beberapa tahun yang lalu dan kini MAGGI kembali lagi dengan kempen MAGGI “Jom Masak & Berkongsi Bersama” sempena dengan perayaan tahunan ini.

Sambutan Hari Gawai pada tahun ini lebih bermakna terutamanya setelah negara menjalani sekatan pergerakan akibat wabak C0VID-19 selama dua tahun. Menerusi kempen ini, jenama MAGGI berharap dapat membawa kemeriahan dan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat Sabah melalui pelbagai aktiviti perayaan.

Ini termasuk berkongsi resipi, pertunjukan kunjungan (‘roadshow’) di seluruh negeri dan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Sepanjang kempen ini, MAGGI akan mengumpulkan dana dengan setiap borang penyertaan peraduan MAGGI “Jom Masak & Berkongsi Bersama” yang diserahkan untuk memanfaatkan dua buah pertubuhan amal iaitu Hope Place dan Persatuan Orang Berkeperluan Kuching (Special Needs Society Kuching) di Sarawak.

Melalui kempen ini, MAGGI berharap dapat membawakan kegembiraan kepada masyarakat di Sarawak selain memberi inspirasi kepada masyarakat untuk sama-sama menghulurkan bantuan buat komuniti selari dengan sambutan Hari Gawai yang mencerminkan nilai perpaduan dan keprihatinan.

Berkongsi Bersama MAGGI

“Saban tahun, kami amat menantikan kehadiran sambutan kebudayaan dan warisan di Sarawak. Hari Gawai merupakan sambutan pesta menuai dan kesyukuran yang mengingatkan kita  pada kepentingan meraikannya bersama keluarga dan rakan-rakan sebagai tanda terima kasih atas rezeki yang dikurniakan.

Bagi kami di MAGGI, kebaikan yang dibawakan oleh makanan yang dimasak sendiri sudah tentu dapat membawa perubahan positif kepada orang tersayang dan juga komuniti kita. Kami berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada dapur masyarakat Sarawak, sama ada untuk menyajikan masakan harian atau hidangan istimewa agar sambutan perayaan menjadi lebih meriah dan lebih bermakna.

Selaras dengan janji jenama MAGGI, Anda dan MAGGI Sajikan Kelainan, kami sedar bahawa penyediaan masakan bukan sekadar memenuhi selera seseorang. Menerusi produk-produknya yang tersedia, MAGGI berusaha untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam pengalaman kulinari mereka, terutamanya untuk membangkitkan saat-saat indah semasa menikmati makanan dengan orang tersayang,” – Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad

CSR Maggi

Pada masa ini, Hope Place membantu lebih 200 keluarga yang berkeperluan di sekitar Kuching dengan mengedarkan bantuan makanan dan barangan keperluan. Persatuan Orang Berkeperluan Khas Kuching pula menganjurkan program rumah perlindungan yang kini memanfaatkan 40 orang belia berkeperluan khas di bandar raya ini.

Kedua-dua rumah kebajikan ini, Hope Place dan Persatuan Orang Berkeperluan Khas Kuching, akan menerima penambahbaikan kemudahan tempat tinggal selain sumbangan dalam bentuk bekalan makanan, bahan kraf tangan, mesin jahit dan barangan keperluan isi rumah.

Kesemua ini akan diagihkan kepada para penghuni badan amal ini serta komuniti yang kurang bernasib baik termasuk golongan ketidakbolehan intelek, rumah anak yatim dan rumah kebajikan.  

“Hari Gawai sentiasa melambangkan semangat saling membantu antara satu sama lain. Bagi kami, usaha menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan serta menjaga kebajikan komuniti berkeperluan khas adalah tanggungjawab bersama.

Kami gembira dengan peranan yang dimainkan oleh MAGGI sebagai warga korporat yang prihatin dan amat menghargai sumbangan serta sokongan yang diberikan oleh mereka. Kami menyeru orang ramai untuk menyertai usaha kemasyarakatan kami ini bagi memberi harapan, belas ihsan dan kasih sayang kepada mereka yang kurang bernasib baik.” – Encik Joseph K L Chuo, Presiden Persatuan Orang Berkeperluan Khas Kuching

Hope Place turut menyampaikan penghargaan mereka terhadap sumbangan dan sokongan yang diberikan oleh MAGGI yang akan meringankan beban dan membawa perubahan dalam kehidupan kumpulan masyarakat yang kurang bernasib baik. 

Jom Masak Maggi Hadiah Utama

Peraduan MAGGI “Jom Masak & Berkongsi Bersama” berlangsung mulai 1 Mei hingga 30 Jun 2022 dan MAGGI akan menyumbang sebanyak RM0.10 bagi setiap penyertaan peraduan yang diterima. Hadiah-hadiah dengan jumlah nilai sebanyak RM135,000 menanti para pemenang, termasuklah:

  • Hadiah Utama: 1x Toyota Hilux Double Cab 2.4E (AT) 4X4
  • Hadiah Pertama: 4x Hadiah Wang Tunai RM2,000
  • Hadiah Mingguan: 108x Peralatan memasak – Bernilai RM200 setiap satu

Untuk menyertai peraduan ini, para pengguna hanya perlu membeli produk-produk MAGGI yang terpilih, dan hantarkan borang penyertaan serta butiran peribadi melalui salah satu daripada cara-cara berikut:

  1. Melalui WhatsApp: Sertakan nama dan nombor MyKad pada resit asal sebagai bukti pembelian, ambil gambar resit dan hantarkan foto jelas melalui WhatsApp ke 018-388 3317.
  2. Melalui Pos/Peti Penyerahan Peraduan: Lengkapkan borang penyertaan dengan butiran yang diperlukan. Hantarkan borang bersama bukti pembelian (masukkan ke dalam sampul surat) ke alamat Peti Surat atau kotak penyerahan peraduan.

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang peraduan MAGGI Jom Masak & Berkongsi Bersama”, sila layari https://www.maggi.my/en/maggi-happenings/maggi-gawai-kaamatan/

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge