Tadau Kaamatan atau Pesta Menuai merupakan sambutan perayaan utama di Sabah bagi memupuk semangat perpaduan, muhibah dan persahabatan tanpa mengira bangsa, agama mahupun latar belakang. Sudah menjadi tradisi bagi MAGGI untuk menganjurkan sambutan Pesta Kaamatan sejak beberapa tahun yang lalu dan kini kembali lagi dengan kempen MAGGI “Jom Masak & Berkongsi Bersama” sempena dengan perayaan tahunan ini.
Sambutan Kaamatan pada tahun ini lebih bermakna terutamanya setelah negara menjalani sekatan pergerakan akibat wabak COVID-19 selama dua tahun. Menerusi kempen ini, jenama MAGGI berharap dapat membawa kemeriahan dan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat Sabah melalui pelbagai aktiviti perayaan termasuk berkongsi resipi, pertunjukan kunjungan (‘roadshow’) di seluruh negeri dan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Sepanjang kempen ini, MAGGI akan mengumpulkan dana untuk Persatuan Bulan Sabit Merah Sabah dengan setiap borang penyertaan peraduan MAGGI “Jom Masak & Berkongsi Bersama” yang diserahkan. Melalui kempen ini, MAGGI berharap dapat membawakan kegembiraan kepada masyarakat di Sabah selain memberi inspirasi kepada masyarakat untuk sama-sama menghulurkan bantuan buat komuniti selari dengan sambutan Pesta Kaamatan yang mencerminkan nilai perpaduan dan keprihatinan.
“Saban tahun, kami amat menantikan kehadiran sambutan kebudayaan dan warisan di Sabah. Tadau Kaamatan merupakan sambutan pesta menuai dan kesyukuran yang mengingatkan kita pada kepentingan meraikannya bersama keluarga dan rakan-rakan sebagai tanda terima kasih atas rezeki yang dikurniakan.
Bagi kami di MAGGI, kebaikan yang dibawakan oleh makanan yang dimasak sendiri sudah tentu dapat membawa perubahan positif kepada orang tersayang dan juga komuniti kita. Kami berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada dapur masyarakat Sabah, sama ada untuk menyajikan masakan harian atau hidangan istimewa agar sambutan perayaan menjadi lebih meriah dan lebih bermakna.” – Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad
Selaras dengan janji jenama MAGGI, Anda dan MAGGI Sajikan Kelainan, penyediaan masakan bukan sekadar untuk memenuhi selera seseorang. Menerusi produk- produknya yang tersedia, MAGGI berusaha untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam pengalaman kulinari mereka, terutamanya untuk membangkitkan saat-saat indah semasa menikmati makanan dengan orang tersayang.
Bercakap di majlis pelancaran kempen MAGGI “Jom Masak & Berkongsi Bersama” baru-baru ini, YB Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan, Naib Presiden II Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) berkata,
“Perayaan Tadau Kaamatan merupakan masa untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Produk MAGGI pula sudah sinonim dengan hidangan yang dimasak di rumah selain membantu memudahkan keluarga untuk menyediakan hidangan istimewa sempena menyambut hari yang begitu bermakna. Saya amat menghargai usaha CSR yang dilakukan oleh MAGGI bagi menyokong Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di Sabah. Saya berharap inisiatif seperti ini dapat membantu meningkatkan kualiti kehidupan komuniti yang kurang bernasib baik”.
Datuk Asnan Yunus Chung, Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah, Sabah menyatakan penghargaan beliau kepada MAGGI atas segala sumbangan dan sokongan yang diberikan dimana dana yang terkumpul akan digunakan untuk membeli bekalan makanan, peralatan perubatan dan barangan isi rumah selain menaik taraf kemudahan kediaman yang sedia ada.
Peraduan MAGGI “Jom Masak & Berkongsi Bersama” berlangsung mulai 1 Mei hingga 30 Jun 2022 dan MAGGI akan menyumbang sebanyak RM0.10 bagi setiap penyertaan peraduan yang diterima. Hadiah hadiah dengan jumlah nilai sebanyak RM135,000 menanti para pemenang, termasuklah:
Hadiah Utama: 1x Toyota Hilux Double Cab 2.4E (AT) 4X4
Hadiah Pertama: 4x Hadiah Wang Tunai RM2,000
Hadiah Mingguan: 108x Peralatan memasak – Bernilai RM200 setiap satu
Untuk menyertai peraduan ini, para pengguna hanya perlu membeli produk-produk MAGGI yang terpilih, dan hantarkan borang penyertaan serta butiran peribadi melalui salah satu daripada cara-cara berikut:
1) Melalui WhatsApp : Sertakan nama dan nombor MyKad pada resit asal sebagai bukti pembelian, ambil gambar resit dan hantarkan foto jelas melalui WhatsApp ke 018-388 3317.
2) Melalui Pos/Peti Penyerahan Peraduan : Lengkapkan borang penyertaan dengan butiran yang diperlukan. Hantarkan borang bersama bukti pembelian (masukkan ke dalam sampul surat) ke alamat Peti Surat atau kotak penyerahan peraduan.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang peraduan MAGGI “Jom Masak & Berkongsi
Bersama MAGGI”, sila layari https://www.maggi.my/en/maggi-happenings/maggi-gawai-
kaamatan/