Shah firdaus jatuh keirin

Selepas berjaya melayakkan diri ke suku akhir acara Keirin, jaguh trek berbasikal negara, Shah Firdaus Sahrom bagaimanapun terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan pada rusuk.

Kecederaan itu berpunca daripada kemalangan dialaminya selepas terlibat dalam kemalangan pusingan saringan acara berkenaan di Velodrom Izu petang Sabtu.

Menurut kemas kini di laman Facebook Team Malaysia, Anggota Pengurusan Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Datuk Amarjit Singh, berkata Shah Firdaus mungkin mengalami patah tulang rusuk.

shah firdaus ke hospital

Sementara itu, menurut wartawan Astro Arena, Bazly Azmi ketika dihubungi, memaklumkan Shah Firdaus dibawa oleh petugas paramedik ke Hospital Universiti Juntendo, Shizouka.

Terdahulu, Shah Firdaus berdepan kemalangan selepas berlaku himpitan pelumba Great Britain, Jack Carlin mengakibatkan perlumbaan semula tidak dapat diteruskan. Bagaimanapun kecederaan bukan penghalang untuk kekal dengan aksi bertenaga apabila pelumba kelahiran Muar itu memilih menyertai pusingan repechage bagi merebut tempat ke suku akhir.

Kecederaan yang dialami Shah Firdaus di bahagian rusuk tidak menghentikan perjuangan atau mengganggu prestasinya.

Shah Firdaus Keirin

Aksi penuh mendebarkan apabila dia sekali lagi hampir terjatuh namun henjutan terakhir yang menyaksikan dia mengenepikan kesakitan berjaya membawanya berada di kedudukan kedua sekali gus menempah tempat di suku akhir.
Sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge