Jika anda pernah berjumpa dengan doktor atau mana-mana pakar perubatan, pasti anda perasan akan tulisan tangan mereka yang hanya mereka sahaja tahu apa maksudnya.

Jika diteliti ia bukanlah satu contengan biasa, sebaliknya ia adalah satu tulisan preskripsi ubat yang membawa maksud tertentu.

Apa yang membuatkan tulisan doktor ini ‘cakar ayam’?

Menurut seorang pakar perubatan ParaDocs Worldwide, doktor perlu mencatatkan semua perkara berkaitan pesakit untuk direkodkan sebagai sejarah perubatan.

Bayangkan dalam sehari selama 10 hingga 12 jam, ada ramai pesakit yang perlu dirawat mereka membuatkan mereka perlu pantas dan tergesa-gesa ketika menulis.

Ini membuatkan otot-otot kecil pada tangan mereka terlalu banyak bekerja, menjadikan alasan mengapa tulisan doktor sebegitu rupa.

Selain itu, banyak istilah perubatan yang sukar ditulis, boleh jadi ia terlampau panjang namanya, membuatkan mereka lebih suka menggunakan simbol tertentu.

Bagaimanapun, di sebalik tulisan ini, para doktor sebenarnya sangat berhati-hati dalam menulis laporan atau preskripsi kerana kesalahan kecil dapat memberikan kesan besar, khasnya kepada pesakit.

Misalnya, singkatan ‘mg’ atau ‘mcg’, biasanya doktor akan menulis dengan perkataan penuh iaitu miligram atau mikrogram.

Menurut laporan, terdapat lebih 7,000 pesakit meninggal dunia pada tahun 2006 kerana tersalah memberikan ubat akibat daripada tulisan doktor seperti ini.

Baca juga : Tulisan Tangan Ada Rahsia Personaliti, Anda Yang Mana Satu?

Disebabkan itu jugalah, kebanyakan hospital dan klinik kini menggunakan alatan elektronik seperti komputer bagi mencatatkan semua perkara berkenaan pesakit bagi mengelakkan salah faham pada tulisan.

Sumber: National Medical Journal of India

1 Comment

  1. kalau korang perasan, doc memang kelam kabut nak jaga pesakit. diorng kena sentiasa pantas.

Leave a Reply to nikkhazami Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge