iSinar Akaun 1

Kerajaan bersetuju untuk mengkaji saranan pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) bagi membantu rakyat yang berdepan kesusahan dan benar-benar memerlukan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara membabitkan KWSP sememangnya isu panas yang dibangkitkan pelbagai pihak dan kumpulan yang meminta kerajaan menimbangkan supaya pencarum KWSP boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1

Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beberapa hari lalu.

Muhyiddin Yassin KWSP Akaun1

“Belanjawan 2021 nanti ada bantuan yang kerajaan akan sampaikan. Jika ia dianggap memadai, tidak perlu mengeluarkan yang disimpan itu”

“Kita akan teliti secara halus dan (melihat keadaan) kumpulan tertentu yang dianggap teruk terjejas, contohnya mereka yang dibuang kerja.

“Kumpulan tersasar ini akan difikirkan… tunggulah pengumuman yang akan dibuat Menteri Kewangan nanti,” katanya pada Wawancara Perdana Menteri, di sini, hari ini.

semak dividen kwsp 2018

Muhyiddin berkata, kerajaan sebelum ini sudah melaksanakan kelonggaran berhubung simpanan dalam KSWP termasuk membenarkan caruman pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada 7 peratus, selain i-Lestari yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun Dua sebanyak RM6,000 seorang.

Baca juga : Keluar Duit KWSP Akaun 1, Elak atau Terdesak?

Semak status mohon i lestari kwsp epf online

Beliau berkata, selepas kelonggaran itu diberikan, hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja 11 ke 7 peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna membolehkan pencarum berbelanja, membabitkan jumlah hampir RM700 juta sebulan.

Namun, beliau berkata, lebih 30 peratus daripada ahli KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM5,000, dan jumlah itu tidak semestinya dapat menangani masalah aliran tunai pencarum.
Sumber : Hmetro

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Laila
Laila
3 years ago

Jika mencapai persetujuan, pastinya keputusan ini membantu ramai pihak yang terjejas dengan pandemik ini
Laila recently posted…Belanjawan 2021: Apa Rakyat Perlu Tahu.My Profile

mohd taufiq ravi chsndran
mohd taufiq ravi chsndran
3 years ago

bantuan rm 600