rentas negeri PPN

Kluster kes positif Covid-19 yang berpunca daripada rentas negeri terus merekodkan peningkatan sepanjang April hingga Mei 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam tempoh itu sebanyak 19 daripada 50 kluster yang dilaporkan membabitkan rentas negeri.

“Jumlah kluster rentas negeri melibatkan 6,291 kes,” katanya dalam satu kenyataan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) & Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Rabu.

sekatan jalan raya

Menurutnya, setakat 20 Mei 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan sebanyak 1,966 kluster sejak pandemik itu melanda negara. Daripada jumlah itu, terdapat 528 kluster aktif manakala 1,438 lagi kluster diisytiharkan tamat.

Ketika ini, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt/Ro) negara meningkat ke paras 1.21 berbanding 0.8 yang pernah direkodkan pada pertengahan April 2021. Kemunculan varian baharu dan lebih agresif terutama Variants of Concerns (VOC) di negara ini juga merupakan satu perkembangan yang membimbangkan.

Baca juga : 1,060 KENDERAAN CUBA NASIB MASUK KELANTAN DIARAH PATAH BALIK

Peningkatan kes harian bukan sahaja berlaku di Malaysia malah beberapa negara jiran seperti Thailand. Thailand yang sebelum ini pernah menjadi contoh kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga telah merekodkan kes harian melebihi 9,000.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di beberapa lokaliti di Perak, Kuala Lumpur, Pahang dan Sabah, mulai Jumaat hingga 10 Jun depan.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge