Baca alquran

Cemerlang ilmu dunia perlu seimbangkan kecemerlangan ilmu akhirat. Menjadi Muslim yang cemerlang adalah dengan menuntut ilmu dan mengamalkannya. Kadang-kadang kita lupa, ilmu yang kita pelajari itu banyak membantu kita dalam kehidupan kita.

KENAPA ANDA PERLU ADA DI SINI?

  • Saya mahu belajar Al-Quran secara santai, tetapi saya tidak jumpa lagi pembelajaran yang santai untuk saya sertai.
  • Saya rasa bacaan Al-Quran saya mempunyai kesalahan, tetapi saya tidak tahu hendak belajar dan berguru di mana.
  • Saya pergi belajar tajwid tetapi jauh pula dan yuran pun mahal.
  • Saya sibuk tetapi saya mahu belajar Al-Quran dan tajwid; saya perlukan pembelajaran yang fleksibel dan mudah dipelajari pada bila-bila masa dan di mana jua.
  • Saya mahu belajar Al-Quran kerana saya berasa jahil mengenai ilmu bacaan Al-Quran, tetapi saya malu untuk belajar dengan orang lain yang mungkin lebih pandai daripada saya. Saya mahu atas kejahilan saya.
Belajar Tajwid Online

KAMI FAHAM KEADAAN ANDA, JADI KAMI HADIR BERSAMA SOLUSI. SAMBUT TANGAN KAMI DAN MARI KITA KE TAMAN-TAMAN SYURGA

Mari kita duduk sebentar, berfikir sejenak.

APA ITU TAJWID?

Tajwid daripada segi bahasa bermaksud memperelokkan sesuatu manakala tajwid daripada segi istilah ialah mengeluarkan huruf hijaiyah daripada makhrajnya serta diberikan hak kepada sebutan pada sesuatu ayat Al-Quran. Apabila ayat itu dibaca panjang, dengung bermakna ia dibaca mengikut hak sebutannya.

HUKUM MEMPELAJARI TAJWID?

Hukum belajar tajwid adalah fardu kifayah bermaksud perkara yang apabila dilaksanakan oleh sebahagian manusia, maka gugurlah kewajipan terhadap manusia yang lain.

JADI APA HUKUM MEMPELAJARI AL-QURAN?

Hukum membaca Al-Quran bertajwid adalah WAJIB kepada setiap muslim.

Kalau tidak tahu tidak mengapa. Kita boleh belajar dan mendalami ilmu itu.

Allah suka akan hambanya yang menuntut ilmu malah mengangkat martabat mereka. Belajar Al-Quran, pahala berganda-ganda, syafaat pun dapat.

Masya-Allah penyayang sungguh Allah pada hambanya.

Kursus Online Tajwid Ar Rumi

KENAPA PERLU MENYERTAI KURSUS KAEDAH TAJWID AR-RUMI?

Tenaga pengajar merupakan PAKAR BIDANG yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ilmu Tajwid dan Al-Quran.

Kursus dilaksanakan SECARA ONLINE sepenuhnya, Anda boleh memilih untuk belajar di dalam bilik, tempat kerja, dalam surau, di kampung, malam ataupun siang. Anda dapat mengaksesnya secara berulang kali 24 jam sehari 7 hari seminggu.

Nota BUKU KERJA akan disediakan kepada peserta dalam bentuk PDF.

Kursus PERTAMA yang menggunakan kaedah Ar-Rumi tetapi tidak merumikan Al-Quran, sangat mudah difahami dan mudah dipelajari tidak kira sama ada anda adalah terdiri daripada golongan muda atau tua.

Tajwid TERPANTAS menggunakan simbol dalam Al-Quran,

Pembelajaran berINTERAKTIF dan mudah diAKSES di mana-mana sahaja serta mesra pelanggan.

Pembelajaran santai sambil menguasainya secara MUDAH dan CEPAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge