Apakah KWSP satu-satunya cara untuk menjamin keselamatan hidup hari tua? Apakah jaminan untuk hidup hari tua jika rakyat hari ini pun amat terdesak untuk penuhi keperluan hidup diri dan keluarga

Rakyat hakikatnya rata-rata menuntut simpanan mereka sendiri hari ini bukan saja-saja.
Ramai yang mula dihalau dari rumah tak dapat bayar sewa.
Ramai yang ditarik kereta dan motor kerana sudah tidak mampu bayar ansuran.
Ramai yang berhutang keliling pinggang untuk penuhi keperluan hidup.
Ramai yang tertekan memikirkan bagaimana nak pastikan makanan di atas meja terus terhidang buat keluarga.
Ramai hilang punca pendapatan, hilang kerja akibat pandemik.

Mereka ini tak semuanya dapat bantuan kerajaan. Kalau dapatpun tak mencukupi. Sedangkan mereka tergolong dikalangan 6.83 juta pencarum yang punya wang simpanan KWSP melebihi RM10k bahkan beratus ribu.

Baca juga : Pengeluaran RM10,000 One-Off KWSP Boleh Dilakukan Dengan Syarat – Pakar Kewangan

Sedangkan Akta KWSP di bawah Seksyen 54 sendiri jelas membenarkan pengeluaran hari ini untuk penuhi keperluan dan keberterusan hidup apatah lagi yang terkesan akibat pandemik (Rujuk sub-seksyen 54 (k), 54(l) dan 54(m). Percaya dan yakinlah bahawa konsep rezeki bukannya diukur atas nilaian banyak atau sikitnya tabungan KWSP.

Pun begitu, ikhtiar juga tidak pernah dinafikan. Malah pelbagai justifikasi dan hujah ekonomi juga telah banyak kali saya berikan. Bahkan bagaimana cara untuk menampung kembali simpanan peribadi dan kantong KWSP secara keseluruhan juga telah beberapa kali dihujahkan. Lebih utama mengelakkan mudarat besar yang dihadapi rakyat hari ini dengan mengambil mudarat kecil iaitu benarkan pengeluaran kali terakhir wang simpanan hari tua demi kelangsungan hidup ketika ini.

Baca juga : Alternatif i-Citra KWSP : Tambahan Bantuan Atau Galakan Berhutang?

Artikel Berkaitan : Rakyat Bukan Saja-saja Tuntut Pengeluaran RM10K i-Citra KWSP!

RESPON KEPADA PENJELASAN TENGKU ZAFRUL : DENGARLAH DAN BACALAH KELUHAN RAKYAT!

Walaupun anggaran pengeluaran wajib pencarum mencecah RM34 bilion setahun, tetapi caruman wajib yang diterima oleh KWSP pada tahun ini (2022) juga dianggarkan mencecah RM70 bilion (mengambilkira unjuran data daripada Tengku Zafrul sendiri) Maka masih wujud lebihan tunai sebanyak RM36 bilion.

Jadi apa masalahnya jika tuntutan i-Citra 2.0 ini dipenuhi memandangkan anggaran jumlahnya cuma sekitar RM25 bilion hingga RM30 bilion sahaja? Ia tidak melibatkan apa-apa kecairan di pasaran modal atau memerlukan KWSP menjual apa-apa aset di luar negara yang merupakan sebahagian daripada aset KWSP berjumlah RM988.55 bilion.

Begitu juga alasan Tengku Zafrul bagi menolak cadangan melaksanakan Unconventional Monetary Policy. Walhal idea ini telah diaplikasikan oleh banyak negara dan terbukti dapat memperbaiki ekonomi negara-negara Eropah ketika krisis kewangan 2009. Hakikatnya rakyat yang sedang susah dan terdesak tidak berminat dengan alasan teknikal dasar monetari negara kerana mereka tahu bahawa Akta KWSP 1991 sendiri membenarkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP apabila pencarum berdepan dengan krisis kehidupan seperti hari ini.

Pun begitu pelbagai solusi, cadangan penyelesaian dan alternatif yang kami turut berikan untuk mengembalikan dana yang dikeluarkan (replenish). Saya dan teman-teman di Pemuda UMNO tidak mahu menghabiskan masa melakukan perdebatan di media sosial. Lebih baik masa yang ada ini digunakan DS Tengku Zafrul untuk mencari jalan bagi membolehkan pengeluaran dapat dibuat dan mandat KWSP dapat dilaksanakan.Kita boleh adakan sesi debat lain diantara saya dan DS Tengku Zafrul untuk beri keadilan kepada rakyat yang sedang menunggu dan berharap.

Tetapi kehendak dan keperluan rakyat mesti diutamakan. Janganlah mengeluh kononnya KWSP perlu menjual saham sedangkan rakyat sudahpun menggadai pelbagai tanggungan demi meneruskan kehidupan!

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

20 Comments

  1. Betul jugak kata ketua penuda umno tu. Tak jejas pon kwsp kalau penuhi tuntutan rakyat. Rakyat yg tengah terjejas sekarang ni. Harap2 tengku zaftul pertimbangkan. Munkin ini je yg rakyat ada. Luluskanlah……

  2. Sy secara prinsip nya menyokong penuh apa yg d suarakan oleh Datuk Dr Wajdi Dasuki ini kerana sy amat terkesan dgn situasi kewangan skrg ni dgn tiada pkerjaan, ank² yg masih blaja d ipta amat memerlukan suntikan kewangan bg mngurangkan beban yg sudah tdk tertanggung. Sy merupakan golongan M40 sblm pandemik tetapi skrg sy lbh teruk dari B40..segala permohonan bantuan kerajaan d tolak dgn alasan tidak layak..
    Sy sudah buntu utk mncari sumber kewangan lain. oleh yg demikian d hrp kan kwsp dpt membenarkan pengeluaran duit simpanan agar kami dpt meneruskan kehidupan walau dlm kesederhanaan.

  3. Tolong luluskan 10k one off dengan kadar segera.kerana ramai diluar sana amat memerlukan untuk kelangsungan hidupan seharia n.kerana ramai yg terjejas dari start awal covid melanda negara hingga sekarang.amat mengharapkan diluluskan segera sebelum puasa yg tak lama lagi.

  4. Semoga kondisinya cepat pulih disana ya Kang, udah lama ga jalan kesana lagi. Amin Ya Allah…

  5. Bagaimana nasib ayah tunggal 3 ank, umur 51 hilang kerja sejak PKP 1st lagi, faktor usia yg jdi jurang utk dptkan kerja..hnya hrp2kan 10k i-citra KWSP lulus bgi teruskan hidup kami

  6. KWSP 10k memang patut di keluarkan saat saat akhir rakyat semakin risau bantulah kami semua wahai kerajaan InshaAllah Allah bukakan rezeki kerajaan semua demi rakyat yang susah sekarang bantu lah kami esok lusa kami mati kami takkan merasa duit KWSP yg di simpan bertahun tahun tiada kesudahan jangan sampai Allah turunkan bala masa tu baru kerajaan tahu langit tinggi rendah menyesal tidak berguna bantulah kami semua wahai kerajaan.

  7. kehadapan tengku zafrul.. sila swith off butang genius anda selama 10 min..kemudian switch on butang kotak ke 24 minda anda selama 5 min.. jawapan sang pencipta bagi seluruh warga marhaen di tanah berdaulat ini pasti kamu temui..in shaa allah.. assalamualaikum..

  8. bagi saya memang betul apa yang pemuda umno itu kata saya pun dah tak boleh lagi nak cakap apa klu hal i i pun kerajaan sekarang tak fikirkan saya punya tunggakan semakin bulan semakin meningkat says pun dah tak tahu mana nak pusing duit lagi gaji pun hanya rm1500 mana nak cukup kereta pun tunggu masa jer tu

  9. Rakyat dah tak sempat nk fikir unjuran ekonomi lah, impak hari tua lah, itu lah inilah, yg rakyat hadap nyata depan mata sekarang adalah masalah nk survive sekarang, makan minum sekarang, tempat tinggal sekarang, tempat perlindungan yg sekarang, nak belanja besarkan anak² sekarang, nak settle hutang yg sekarang..apa yg susah sgt, duit sendiri yg nk dikeluarkan

  10. Rakyat bukan bodoh…tahu la mereka apa nak buat dgn duit 10k tu.
    Ramai M40 yg lebih susah dr B40 sb xdpt apa2 bantuan dr kerajaan.
    Kebanyakan M40 ada duit lebih dr 10k dlm acct 2. Mereka mtk duit mereka sendiri, bukan duit kerajaan. Moga dipertimbangkan….

  11. Tolonglah dengar rintihan kami …. mohon ambil peduli dan beri tindakan segera …. KWSP pengeluaran one-off 10K i-Citra 2.0 diadakan kami amat TERKESAN !!!

    PM Ismail Sabri MK Tengku Zafrul CEO KWSP …. mohon luluskan !!!

  12. Kami cuma mintak 10k cara skligus ni utk kali terakhir kan,,lagipun tu smua duit kami…dtengah keadaan yg tramat mendesak ni lah kami harapkan smpanan kami tu,,tlg jgn tmbul kan alasan kami ingin pngeluaran tu atas sbb bencana smata2 jaa…pdahal sblm2 ni pun ttap ada bncana yg mnmpa rakyat mlaysia kan,,pnh ada ka pngeluaran kwsp msa tu??? Dlam keadaan kami yg tramat2 tdesak skrang ni,tlglah jgn buang msa brucap sana sni tentang msalah ekonomi ngara lah,ngara akan jauh ketinggalan apa bagai tu smua..tlg bagi perhatian pda rakyat yg tgh mnderita dlam negara ni dlu barulah bleh nk bcakap tentang hal2 camtu..sya tak nafi smpanan kwsp mmg plihan trbaik krajaan utk pncarum di hari tua tapi bleh ka krajaan PASTI setiap pncarum akan hidup smpai hari tua? Tak mgkin ada kpastian utk tu kan…so,pkirlah yg swajarnya..mcamana nak senang dihari tua klau permulaan harini dah trlalu berat utk dpikul,,kami rakyat malaysia yg mmpunyai caruman kwsp inginkan kmentrian kewangan luluskan pngeluaran 10k one off utk kali terakhir..wlupun tak smua msalah dpat dselesaikan,skurang2 nya dgn 10k tu mampu buat khdupan kami harini ada sikit snyuman dari ksedihan yg tak pnh hnti mlanda hari2 kami ni…

  13. Kerajaan susah sgt nak luluskan kesp rakyat dah byk hutang nak bayar benarkan la je kwsp one off ini itu susah saya sendiri hilang suami sakit dpt kerja ada 2 anak hidup mati sekarang nak kwsp utk hidup tlg tlg kerajaan lulu
    skan kwsp

  14. Ambil masa bagi memulihkan segalanya.. bagi syarikat yang tertumpu pendapatan mereka dari pelancong negara luar masih terjejas dan mengambil masa untuk pulih. Harga barang semua naik gaji masih sama bertahun-tahun .. Harapan pengeluaran kwsp kali akhir amatlah DIPERLUKAN bagi meneruskan dan menguruskan kehidupan.

  15. Luluskan lah berikan saja duit rakyat tu tk payah nk peram lama lama bnyak rakyat menyumpan kamu berjuta rakyat menyumpah kamu ingt kubur kamu bukannya lama mana pun nk masok jika rakyat dh bersuara perkatan tidak halal jika di guna buat pusingan ekonomi ke sebb tak bntu rakyat terima lah siksa azab di sana bgi yg berkait kes kwsp ni,tu laa awal2 enjoy poya poya dgn duit kwsp bila dh smpai masa allah gejutkan sekali pecah lubang rahsia jenuh laa jawab dkt rakyat mmpos lah kamu kami rakyat ni dh tau dh memang susah esok esok allah tarik kesemua kemewahan serta otak geliga tu hidop laa mcm kami lps tu menagis pun minta ampun kt allah saja yg bnyak rakyat dok derita kes susah kamu nk lulus kn 10 k one of tu dosa dgn allah boleh minta ampun bila doa dgn manusia tak tahu laa zafrul oiii cari lah di padang masyar.. permudah kan urusan rakyat seperti Nabi muhammad,allah permudah kan urusan kamu serta urusan kerja malaysia lancar dan jika kamu menyulitkan urusan rakyat sedang sakit derita sakit hati otak pun sakit malah sakit dok hospital nk rawat perbelanjaan naik teksi la nk p hospital kena pakai duit bukan pakai air paip,kamu yg suka menyulitkan bnda yg mudah allah akan sulit kan urusan kematian kamu serta keluarga kamu assalamualaikum….

    1. Suruh je dia letak jawatan n bubarkan KWSP, pulangkan semula semua duit pencarum..Isu Genting Hongkong tu jelaskan kepada semua pencarum KWSP, kenapa Sggp guna duit pencarum utk bisnes sikafir tanpa cagaran pun, kami pencarum khasnya n rakyat Malaysia amnya bukan bodoh sgt, if you say no tp 10K One off kami takkan berdiam diri, Allah pasti bantu kami..

  16. Assalamualaikum saya sangat memerlukan Pengeluaran buat kali yang terakhir ni Demi Kelangsungan hidup keluarga saya untuk berbagai perbelanjaan Anak-anak serta untuk membuat pembayaran hutang pitung saya untuk meneruskan kehidupan seterusnya demi Kesejahteraan keluarga Saya ni…

  17. Tahu ke skrg pekerja baru PUN takut untuk mencarum.. sebab apa.. sbb tahu duit tu takkan balik pada mereka.. actually pengeluaran one off 10k tu pun tak dpt meringankan beban2 kami yg menanggung.. sbb semua kerajaan yang memberikan hutang2 tersebut.. secara logik, jangan ingat korg semua diatas tak kan pernah susah.. silap2 antara korg semualah yg merayu untuk dptkan 10k tu nnt.. kena faham apa rakyat nak.. duit rakyat.. bukan duit kerajaan.. bukan duit korg.. BAGI JELAH..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge