Pakej kahwin di angkasa

Ramai bakal pengantin mengimpikan hari bersejarah yang penuh kelainan untuk dikenang. Apa kata raikannya dengan mengembara ke angkasa lepas dengan menaiki sebuah kapsul yang dijangka berlepas pada tahun 2024.

Lapor Utusan Malaysia yang memetik Daily Mail, sebuah belon sebesar saiz stadium padang ragbi akan digunakan untuk membawa kapsul berkenaan yang terapung pada ketinggian 100,000 kaki (30,480 meter) di atas permukaan bumi.

Syarikat Space Perspective yang berpangkalan di Florida kini menawarkan tiket penerbangan pada harga AS$125,000 (RM528,088) dengan menjanjikan pemandangan menakjubkan ruang angkasa lepas.

kahwin di angkasa

Kapsul mewah itu hanya boleh membawa hingga lapan orang ke stratosfera bagi perjalanan selama enam jam.

Pengembara akan menikmati pemandangan 360 darjah Bumi ketika berada di dalam kapsul itu yang dilengkapi dengan sebuah bilik mandi, bar dan akses internet tanpa wayar (WiFi).

Menurut Space Perspective, syarikatnya menerima sambutan mengalakkan daripada orang ramai termasuk yang menempah kapsul itu untuk mengadakan majlis perkahwinan dan acara berkumpulan lain.

Jelas firma itu, pihaknya mula menjual tiket mengembara ke angkasa lepas pada akhir bulan lalu.

space perspective

Berdasarkan laman sesawang Space Perspective, tiket pengembaraan ke angkasa lepas bagi tahun 2024 sudah habis dijual.

Namun, jelasnya, orang ramai masih boleh menempah tiket untuk tahun 2025.

Tambah syarikat itu, kapsul itu akan berlepas dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida dan akan dibawa belon angkasa berbanding roket.

2 Comments

Leave a Reply to nikkhazami Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge