Malaysia dan Singapura akan melancarkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 29 Nov 2021.
Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama oleh Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong yang dikeluarkan selepas kedua-dua pemimpin berbincang melalui panggilan telefon pada Isnin.
Di bawah VTL, pelancong yang lengkap divaksin boleh membuat perjalanan antara Malaysia dan Singapura dan tidak perlu jalani kuarantin atau Notis Duduk Rumah (SHN) jika melepasi ujian Covid-19.
Kedua-dua perdana menteri juga berharap dapat memulihkan perjalanan merentasi laluan darat dalam masa terdekat.
Pencapaian Penting dalam Kerjasama Malaysia-Singapura
Mereka berpuas hati melihat kemajuan baik yang dicapai dalam perbincangan terperinci yang berterusan mengenai skim yang sama dalam usaha membuka semula laluan merentasi Tambak dan Link Kedua, dengan mengambil kira situasi kesihatan awam di Johor dan Singapura.
Dalam kenyataan itu Ismail Sabri berkata, VTL merupakan satu lagi pencapaian penting dalam kerjasama Malaysia-Singapura yang telah lama terjalin.
Dibawah VTL, pelancong yang divaksin sepenuhnya akan dapat melakukan perjalanan antara Malaysia dan Singapura, dan tertakluk kepada ujian COVID-19 sebagai ganti kepada menjalani kuarantin.
Perbincangan juga adalah mengenai pembukaan semula laluan perjalanan merentasi darat di antara kedua-dua negara dalam masa terdekat. Ini termasuk perjalanan merentasi Tambak Johor dan Link Kedua.
VTL adalah satu lagi kejayaan penting dalam kerjasama Malaysia-Singapura yang telah lama terjalin. Inisiatif ini dapat mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi kita sambil memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terpelihara daripada COVID-19.
“Saya mengharapkan pelaksanaan yang berkesan menerusi skim perjalanan ini, menambah kepada apa yang telah kita bangunkan sebelum ini untuk memudahkan pergerakan rakyat dan barangan antara Malaysia dan Singapura”. Lee Hsien Loong
“Saya sangat gembira kerana kedua-dua negara kita akhirnya dapat memulakan kembali perjalanan rentas sempadan melalui VTL. Ini akan membantu memulihkan ekonomi kita, memulihkan hubungan antara rakyat, dan mengukuhkan hubungan dua hala kita,” tambahnya.