Selalunya tengok tips fesyen mesti untuk wanita, nak nampak ramping, nak nampak feminine, match dengan make up dan lain-lain. Tips untuk para jejaka memang limited di luar sana.

Selalunya lelaki badan besar ni suka ‘sembunyikan’ badan mereka dengan memakai pakaian yang lebih besar dari yang sepatutnya. Sembunyi spare tyre katanya. Lepas hari ini anda boleh berhenti sembunyi dan mula bergaya  dengan pakaian yang sesuai dengan bentuk badan anda, dan nampak lebih kemas dan sado juga.

Lelaki berbadan gempal sering memakai warna hitam sahaja kerana kurang keyakinan diri untuk berfesyen. Tapi sebenarnya ada helah yang boleh dilakukan dengan pelbagai jenis pakaian supaya mereka juga boleh bergaya.

1 – Bermain dengan warna

Memakai pakaian yang lebih ketat tidak akan membuat anda kelihatan lagi kurus malah sebaliknya. Begitu juga dengan memakai pakaian saiz yang lebih besar.

Teknik yang betul adalah memilih pakaian yang mempunyai struktur dan saiz yang betul untuk membentuk siluet badan anda.

2 – Memilih saiz yang sesuai dengan badan anda

Memang menjadi satu taktik orang yang berbadan besar memakai warna gelap ataupun hitam kerana ia lebih kelihatan sesuai. Memakai warna yang terang juga boleh membantu mereka kelihatan lebih gah dan bergaya.

Tetapi sebagai langkah permulaan, boleh cuba untuk memakai pakaian hitam yang mempunyai jalur ataupun tulisan untuk mengalihkan pandangan daripada melihat tubuh badan anda.

3 – Pakaian berlapis

Individu yang berbadan besar sesuai dengan teknik layering ini. Memakai pakaian berlapis dapat melindungi bahagian badan yang tertentu supaya tidak kelihatan.

4 – Elakkan diri daripada memakai seluar potongan skinny

Seperti yang dikatakan di tips yang pertama, memakai pakaian yang ketat akan lebih mempamerkan tubuh badan anda. Jadi elakkan memakai seluar potongan skinny, sebaiknya pakailah seluar potongan carrot cut kerana ia memberi lebih ruang di kawasan paha anda.

Sebenarnya, benda paling utama ialah keyakinan dalam diri untuk bergaya. Selepas dah ada keyakinan, baru korang boleh selitkan tips-tips ni dalam cara korang berpakaian.

Jangan lupa cuba tau!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge