Bila cuti sekolah, mesti ibu bapa fikirkan apa aktiviti yang boleh dibuat untuk anak-anak. Seharian bekerja, pasti anak-anak yang bercuti perlukan sesuatu aktiviti. Taklah makan dan tidur sahaja sementara menunggu hari minggu. Main games pun boleh jadi aktiviti sambil belajar untuk anak-anak tu.
Sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak kini akan diberi telefon pintar oleh ibu bapa untuk tujuan bermain game ataupun menonton kartun di YouTube. Jika kita lihat, kanak-kanak pada zaman ini lebih cepat dan pantas dalam menggunakan telefon masing-masing.
Hal ini merisaukan ibu bapa jika anak-anak bermain game yang salah dan tidak sesuai dengan umur mereka. Namun, cara belajar zaman sekarang tidak lagi terhad dengan duduk berhadapan dengan guru, buka buku dan baca selama berjam-jam kerana selari dengan perkembangan teknologi pelbagai variasi dan alat untuk belajar telah wujud.
Latih Lebih Fokus
Contohnya kan, anak paling suka main game Grocery Cashier ni. Aku pun suka sebab game ni sangat membantu macam mana nak kira semua sekali perbelanjaan dan pulangan balik baki duit. Macam jadi cashier betul, boleh latih anak untuk lebih fokus dalam kira-kira duit ni.
Anak-anak sekarang memang suka dengan bermain board games. Dengan bermain board games ni boleh bantu anak-anak untuk berfikir dan mengatasi masalah pengiraan dengan mudah. Tapi setiap apa yang anak-anak lakukan apabila berdepan dengan gadget, ibu bapa kena pantau juga.
Tak boleh biarkan mereka ni bermain sendirian. Barulah timbulnya komunikasi antara anak-anak dan juga keluarga.
Satu lagi permainan yang bagus untuk anak-anak, bolehlah cuba dengan Cash Back. Ada level mudah, pertengahan dan sukar. Yang ni pun boleh mencabar minda anak-anak dan kadangkala kita juga. Nak fahamkan soalan dan keperluan jawapan dalam masa yang ditetapkan. Seronok tau!
Actually boleh juga sekali anak-anak dan ibubapa main games ni. Bila ada salah, kita boleh betulkan juga. Ada banyak lagi tau games yang menarik. Dah laa tu percuma sahaja dan takde iklan.
Memang boleh kita jadikan ‘educational game’ yang sangat sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak dari umur tadika hingga ke 12 tahun.
Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti mereka yang lebih berfaedah dari mereka buang masa tengok cerita dan permainan yang kurang sesuai. Nak main dekat luar rumah, cuaca pula tak menentu sekarang. Jadi, bila main game interaktif seperti ni, sedikit sebanyak meningkatkan pengetahuan mereka yang sedia ada.
Semua permainan ini boleh dijadikan bahan untuk anak-anak belajar di rumah. Dan dalam masa yang sama mereka akan belajar. Maka tidaklah mereka bosan dengan hanya membaca buku saja.
Seronok main game camni kan, paling best Sis dah try, game dia takde iklan kan.. so takde menganggu permainan…
Sis Lin recently posted…SINGGAH BELI LANGSIR DI NILAI 3 JOHOR BAHRU