Masalah kemurungan

Pusat Kaunseling Selangor (PKS) adalah pusat perkhidmatan sosial yang ditawarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang berorientasi Rundingan dan Kaunseling. Pada 12 Disember 1990 iaitu di peringkat awal penubuhan, PKS ini dikenali sebagai Talian Sahabat (kini dikenali sebagai Pusat Kaunseling Selangor – Talian Sahabat).

Ia sebagai satu amanah Kerajaan Negeri yang mahu supaya rakyat sentiasa bersama menikmati kecemerlangan kemajuan dari segi ekonomi, sosial dan agama. Keseimbangan kejayaan ini meliputi kehidupan duniawi dan ukhrawi.

Isu tekanan mental amat membimbangkan baru-baru ini terutama akibat pandemik dan pelaksanaan PKP. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berikhtiar bagi memastikan mereka yang memerlukan bantuan dapat dibantu. Pusat Kaunseling Selangor – Talian Sahabat menawarkan bantuan kaunseling kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Sama-sama kita sebarkan agar dapat memberi manfaat kepada warga Selangor.

Pusat Kaunseling Selangor

Pusat Kaunseling Selangor-Talian Sahabat (PKS-TS) menawarkan bantuan khidmat nasihat bagi menangani masalah kesihatan mental sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pihak PKS-TS memberikan sesi kaunseling berstruktur secara secara maya yang menggantikan kaedah bersemuka yang ditangguhkan susulan PKP sebelum ini selain menggunakan platform media sosial.

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di kebanyakan kawasan di Selangor sebelum ini, PKS-TS menyeru masyarakat terganggu emosi atau psikologi segera menghubungi untuk bantuan selanjutnya

FUNGSI PERKHIDMATAN KAUNSELING DI TALIAN SAHABAT

1.    Membantu memahami diri dan situasi: Perkhidmatan dan pertolongan adalah berdasarkan isu dan permasalahan yang dihadapi dengan menggunakan prinsip-prinsip Psikologi dan Inventori yang bersesuaian.

2.    Mengenalpasti keperluan: Setiap klien yang hadir mendapatkan Perkhidmatan di Pusat Kaunseling Selangor adalah unik. Oleh sebab itu, Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling yang diberikan adalah mengikut keperluan, kebolehan dan batasan klien itu sendiri.

3.    Menerima realiti hidup: Perkhidmatan yang diberikan merupakan bantuan kepada jalan keluar klien terhadap permasalahan yang dihadapi. Maka, klien hendaklah menghadapi realiti hidup mereka dengan penuh tanggungjawab dan menerimanya.

4.    Membuat perancangan realistik: Setiap masalah dan isu pasti ada jalan penyelesaiannya, oleh itu, melalui Perkhidmatan ini klien akan diberikan pemahaman tentang strategi dan langkah-langkah perancangan kehidupan yang lebih realistik berdasarkan kebolehan klien.

5.    Menyedari tanggungjawab dan perbuatan diri: Individu yang menghadapi masalah dalam kehidupannya adalah disebabkan kurangnya rasa tanggungjawab terhadap diri dan perbuatan. Oleh sebab itu, perkara utama dalam Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Pusat Kaunseling Selangor adalah membawa klien untuk menyedari akan tanggunjawab diri dan perbuatan diri.

Baca juga : 7 Doa Penenang Hati Hilangkan Stress, Sedih dan Gelisah

Pusat Kaunseling Selangor Talian Sahabat

SENARAI PERKHIDMATAN PUSAT KAUNSELING SELANGOR

1.    Pusat Kaunseling Selangor Memberikan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling secara PERCUMA kepada Penjawat Awam Negeri Selangor dan juga Orang Awam.

2.    Jenis perkhidmatan  yang disediakan di PKS-TS ialah  sesi kaunseling dan rundingan seperti:

a.    Kaunseling Individu/Peribadi
b.    Kaunseling Keluarga/Rumahtangga/Perkahwinan/Pra-Perkahwinan
c.    Kaunseling Kerjaya/Akademik
d.    Kaunseling Kelompok
e.    Kaunseling Trauma
f.     Inventori Psikologi
g.    Rawatan Hipnoterapi
h.    Perkhidmatan Maklumat  Dan Sebagainya
i.     Ujian-Ujian Psikologi

Baca juga : Mustajabnya Doa Al-‘Afiyah, Doanya Pendek Tapi Power

Pusat Kaunseling Selangor Sakit Mental

Kerajaan Negeri menawarkan khidmat nasihat kepada individu yang berdepan masalah tekanan mental melalui PKS-TS.

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif itu diambil berikutan kebimbangan isu tekanan mental terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Mereka yang mengalami gangguan mental boleh menetapkan janji temu dengan menghubungi talian 03 5519 0500 atau WhatsApp 013 300 9291 dan mengikuti Facebook Pusat Kaunseling Selangor-Talian Sahabat.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge