Site icon Geng Borak

Mencari Pengganti Itu Mudah, Tapi Nak Cari Yang Serasi Bersama Itu Susah

Pasangan Suami Isteri

Bila berlakunya patah hati, atau perpisahan tentu orang menganggap bahawa ia mudah untuk berjumpa dengan pengganti yang baru. Walaupun kata perpatah “patah tumbuh hilang berganti” tapi nak mencari pengganti itu bukanlah satu perkara yang mudah.

Ada orang bila berlaku patah hati, amat sukar untuk dirinya terima kehadiran orang yang baru, sukar untuk mula mencari seseorang yang lain kerana bimbang kalau-kalau dirinya akan dilukakan sekali lagi.

Ada orang mungkin akan jumpa pengganti dalam masa seminggu selepas kecewa. Ada juga yang mungkin akan jumpa selepas berbulan atau bertahun, itu semua ikut kemahuan seseorang.

Nak cari pengganti itu mudah dan mulakan hubungan yang baru juga mudah.

Tak susah pun nak cari pengganti buat mereka yang tidak sudi akan diri anda ini. Tak perlu ambil masa yang lama kalau betul-betul anda mahukan seseorang menggantikan tempat yang kosong itu. Bahkan kalau anda ingin jalinkan hubungan seperti percintaan itu pun mudah sahaja. Semuanya dilakukan melalui perbuatan atau percakapan, akan tetapi isi hati anda yang sebenar itu yang belum tentu mampu melupakan yang lama seperti kenangan, sikap dan kelakuan pasangan yang lepas.

Hati ini yang akan membuatkan anda terasa rindu akan kenangan laku. Hati juga yang membuatkan anda sukar untuk menyayangi pasangan yang baru malah hati juga yang membuatkan anda sukar membuka ruang buat diri anda sendiri.

Baca juga : 10 Petanda Dia Adalah Jodoh Untuk Anda

Apa yang susah untuk menyembuhkan hati yang kecewa dan patah hati ini adalah mencari seseorang yang mampu tenangkan jiwa anda sekaligus menjadi yang serasi. Kalau dengan pasangan yang lalu mungkin anda sudah habiskan bertahun-tahun untuk dapatkan keselesaan dan keserasaian bersama, akan tetapi dengan yang baru ini tentu perlu ambil masa yang agak lama juga.

Itu pun kalau kalian berdua serasi bersama selepas berbulan-bulan, kalau tidak jumpa apa yang dicari itu, adakah anda perlu mencari seseorang yang baru?

Apa yang lebih payah dan sukar adalah nak memulakan semula dengan seseorang yang baru. Di mana, anda perlu tahu apa yang dia suka dan tidak, kena terima semula baik buruk dirinya. Malah nak dekatkan diri dengan keluarganya dan bagaimana penerimaan rakan-rakan anda terhadap dirinya.

Ya! Paling sukar adalah untuk memulakan sesuatu yang baru dengan orang yang baru itu adalah perkara yang paling menyukarkan sekali sebenarnya. Ia bukan sahaja memakan masa yang lama untuk kenal seseorang, tetapi pada masa yang sama anda perlukan sikap keterbukaan untuk memulakan sesuatu yang baru juga.

Sebab itulah mengapa ramai diantara kalian sanggup bertahan terhadap hubungan yang toksik, tidak bahagi dan pelbagai lagi. Memulakan sesuatu yang baru dengan orang yang baru adalah perkara yang paling menyukar dalam satu perhubungan.

Ada yang masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com  secara PERCUMA.

Seramai 489,763 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com  dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com.

Exit mobile version