Tugas sebagai SA bukan saja bagi kunci kereta pada customer.
Bermula dari perbincangan, kami advise kereta yang sesuai, kirakan anggaran installment bulanan, apply loan ikut kesesuaian bajet customer supaya dapat memenuhi citarasa dan tidak terlalu membebankan hidup mereka akan datang.
Kalau susah nak lepas loan, kami nyanyi sikit minta tolong banker usahakan yang terbaik untuk customer. Semua banker-banker yang saya kenal Alhamdulillah tahap efisyen mereka memang yang terbaik. After loan dah lulus, kami nyanyi lagi dengan bos untuk dapatkan allocation kereta spec dan warna seperti yang dipinta oleh customer dari HQ.
Yang ni memang agak susah sikit bila stock kereta dah limited. Pening sikit, tapi kami yakin dengan kewibawaan bos-bos kami untuk usahakan yang terbaik. Alhamdulillah, selalunya rezeki inshaa Allah tak salah alamat. Dah confirm dapat kereta, barulah kita susun pulak jadual customer untuk signing agreemeent dengan banker.
Tunggulah lori hantar stock kereta ke showroom. Bila dah sampai, kami tolong pulak hantar ke carwash cuci-cuci sesuci murni biar nampak hensem lagi menawan. Jika customer nak pasang aksesori macam bodykit, tinted dan lain-lain, kami pun arrange buat pre-order dan buat arrangement untuk painting dan installation. Ke sana ke sini lagi…
Dah siap semua, atas dasar penghargaan, kami belikan pulak freegift dan isi minyak sebagai hadiah dan kami berikan semua dengan seikhlas hati. Tak ramai yang tahu, semua gift-gift ni pakai duit gaji kami sendiri. Namun kami tak mengeluh sebab kami tahu, dapat rezeki Allah bagi, kita kongsi sama-sama happy.
Cuma kalau ada yang minta berlebihan, kamilah yang rasa kesedihan tu sendiri. Waktu nak deliver, kami check sekali lagi condition kereta biar terbaik. Uruskan segala bagai dokumentasi agar lengkap semua nanti semasa penyerahan. Lepas tu, kami susun pula jadual customer untuk sesi penyerahan.
Kadangkala hari yang cuti pun kami korbankan biar sesuai dengan masa dan ketika. Minta maaf dengan anak, sebab papa kena kerja hari cuti. Waktu penyerahan, segala bagai perkara-perkara basic tentang kereta kami akan explain, dari cara-cara nak bawa kereta, penjagaan kereta, jadual servis, waranty dan sekecil-kecil perkara contohnya cara-cara nak tutup bonet pun kami demo.
Kadang-kadang customer pun bukan ingat semua, tapi atas tanggungjawab, kami wajib selesaikan. Customer dah dapat kereta, kami lagi happy bila nampak raut muka customer senyum-senyum kambing sebab dalam hati berbunga-bunga dapat kereta idaman. Selesai semuanya, customer pun berlalu pergi dengan kereta baru dan hati yang gembira.
Tugas kami tak terhenti sampai sini saja. Lepas customer dah balik, kami contact customer semula dan tanya khabar dan ingatkan lagi tentang jadual servis. Customer akan tanam dalam ingatan, next time jika ada apa-apa permasalahan atau lain-lain pertanyaan, orang pertama mereka akan contact ialah Sales Advisor. Appointment servis, renewal insurance, claim warranty, hatta accident pun kami boleh bantu uruskan.
Tak caye? Cuba dapatkan kereta baru dengan saya untuk rasakan experience ini. Begitulah ceritanya tugas seorang Sales Advisor bernama Faiz Honda KL
Want to buy a new car? click http://buynewcar.wasap.my
Terima kasih kepada semua customer, sahabat, yang sentiasa menyokong saya dari awal pembabitan sehingga kini. Kenangan manis bersama anda semua tetap terpahat dalam memori yang masih utuh waima customer yang pertama membeli kereta dari saya. Tanpa anda semua, siapa lah saya.
Terima kasih kerana sudi membaca…
Owh kebetulan kami nak cari kereta Honda, bolehlah kontek En. Faiz ye.
Laila recently posted…Apa Nak Buat Bila Kena Scam Dengan Pelaburan Haram Atau Money Game?