50 juri All Now Together Malaysia

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mengarahkan supaya siasatan dilakukan ke atas sebuah rancangan hiburan terbitan syarikat penyiaran swasta susulan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pengarah, Datuk Mohd Rabin Basir, berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada KKKM dan kementerian berkenaan sedang meneliti keseluruhan aspek rakaman program. KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti berlaku pelanggaran apa-apa SOP sepanjang rakaman program terbabit.

All One

Warganet mendakwa rakaman musim pertama rancangan hiburan, menampilkan 50 juri yang dilihat tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman dibuat. Difahamkan bahawa rakaman program itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan sebelum ini, iaitu antara 3 Mac hingga 11 April lalu.

Tindakan penguatkuasaan masih boleh diambil jika berlaku sebarang ketidakpatuhan SOP ditetapkan, walaupun rakaman program terbabit sudah selesai.

Rakaman rancangan ini dipercayai dibuat ketika arahan PKPP dikuatkuasakan sebelum ini, tetapi tetap ada syarat perlu dipatuhi seperti pemakaian pelitup muka dan sebagainya. Kalau ada pelanggaran dia boleh diambil tindakan. Walaupun benda itu (rakaman program berkenaan) sudah berlaku, ia timbul di media atau sebagainya, polis tetap akan siasat,” katanya.

4 Comments

  1. Kalau rakyat masih x patuh arahan yg diberi macam mana kita nk hapuskan virus C19 dr menular, sila patuh arahan yg telah ditetapkan jgn lah pentingkan diri sendiri..jgn kerana kedegilan kita org lain yg terima bahananya..cukup²lah tu

Leave a Reply to abambam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge