Aksi penyerang utama Liverpool FC, Mohamed Salah, meraikan jaringan gol dengan sujud dan menadah tangan di padang, bukan sesuatu yang pelik bagi umat Islam.

Bagaimanapun, bagi penyokong kelab terkemuka itu yang majoriti bukan Islam, perlakuannya menimbulkan tanda tanya. Bagi yang mengetahui bahawa aksi itu mempunyai kaitan dengan pegangan akidah Mohamed Salah, mereka pantas memahaminya.

Bagi yang tidak tahu, tetapi mempunyai naluri ingin tahu akan membuat sedikit carian di internet dan akhirnya memahami cara penyerang berasal dari Mesir yang mewakili The Reds sejak tahun 2018, bertindak demikian.

Mo Salah Sujud

Kehebatan Mohamed Salah menyebabkan pemain berusia 29 tahun itu menjadi idola penyokong Liverpool. Bayangkan tidak lama selepas menandatangani mewakili kelab itu, dia muncul penjaring terbanyak Liverpool yang memenangi Piala Kelab Dunia FIFA dan Liga Premier pada musim 2019-2020.

Pada Oktober 2020, Mohamed Salah muncul sebagai pemain ke-17 dalam sejarah Liverpool menjaringkan 100 gol.

Mohamed Salah bukan hanya hebat di padang, malah kehadirannya memberi kesan besar terhadap pandangan masyarakat bukan Islam, terutama di Liverpool terhadap Islam.

Pemimpin masyarakat Islam Liverpool, Mumin Khan, percaya Mohamed Salah, membantu mencabar perspektif negatif terhadap masyarakat Islam.

Malah, kajian sebuah universiti terkemuka Amerika Syarikat, Universiti Stanford, pada 2019, mendapati sejak mewakili Liverpool, terdapat penurunan 18.9 peratus jenayah kebencian di kawasan Merseyside. Jumlah ciapan anti Islam dalam Twitter penyokong Liverpool juga berkurangan sehingga 50 peratus.

Mo Salah Doa

Mohammad Salah ternyata contoh model yang membawa aura positif dalam masyarakat kita. Dia memecahkan tembok perspektif negatif yang menyelubungi penyokong dan masyarakat secara keseluruhan terhadap Islam.

Personalitinya yang merendah diri ketika di padang setiap kali menjaringkan gol menyebabkan timbul persoalan di kalangan masyarakat mengenai dirinya.

Mohamad Salah bukan setakat pemain yang hebat di padang, tetapi lebih terserlah berjaya mengubah minda masyarakat terhadap Islam, terutama mengajar untuk lebih memahami dan bertoleransi terhadap penganut Islam.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge