Site icon Geng Borak

Mohon RM1,000 Geran Khas Prihatin GKP 3.0 Bantuan Untuk Peniaga

Cara Mohon GKP 3.0

Sebelum ini kerajaan memperkenalkan lima pakej bantuan iaitu:

  1. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion pada Mac 2020
  2. Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan berjumlah RM10 bilion pada April 2020
  3. Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) membabitkan perbelanjaan RM35 bilion pada Jun 2020
  4. Pakej Kita Prihatin dengan peruntukan RM10 bilion pula pada Oktober 2020
  5. Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion pada Januari 2021

Dalam pengumuman khas Perdana Menteri semalam dengan matlamat untuk melonjakkan semula aktiviti ekonomi, beliau telah mengumumkan Kerajaan akan melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA bernilai 20 bilion ringgit dengan suntikan fisikal baharu oleh Kerajaan berjumlah 11 bilion ringgit.

PEMERKASA akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang terkesan.

Salah satu inisiatif yang disebutkan dalam membantu perniagaan terjejas adalah pelaksanaan Geran Khas Prihatin 3.0.

GERAN KHAS PRIHATIN 3.0

Kerajaan akan terus memberi sokongan untuk memastikan kelangsungan perniagaan, khususnya kepada PKS tempatan. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Geran Khas Prihatin atau GKP 3.0 agar perniagaan mendapat bantuan untuk beroperasi semula.

KADAR BANTUAN GKP 3.0

Setiap perusahaan mikro dan PKS yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak:

PERMOHONAN GKP 3.0

Perusahaan mikro dan PKS yang layak boleh buat permohonan GKP 3.0 mulai:

CARA MOHON GKP 3.0

Permohonan GKP 3.0 dibuka bagi PKS yang tidak menerima GKP sebelum ini. Untuk membuat permohonan GKP 3.0, pemohon mestilah kemukakan permohonan secara online melalui pautan yang disediakan:

Laman tersebut akan dikemaskini dan membuka permohonan GKP 3.0 mulai 1 April 2021.  Geran ini dijangka akan memanfaatkan lebih sejuta usahawan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan GKP 3.0, anda boleh ke laman web https://gkp.hasil.gov.my/. Buat masa ini, masih tiada maklumat terperinci berkenaan permohonan GKP 3.0. Anda akan dimaklumkan apabila terdapat sebarang makluman baru.

Exit mobile version