Site icon Geng Borak

Mohon Segera | 35,000 Peluang Kerja Kosong Sektor Awam

SPA9 2020 2021

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Zainal Rahim Seman, sekitar 35,000 kekosongan jawatan dalam sektor awam. Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh jabatan itu, terdapat sekurang-kurangnya 1.25 juta pemohon setiap tahun.

Dengan sistem permohonan pekerjaan yang baru diperkenalkan baru-baru ini iaitu SPA9, ia akan lebih mudah dan cepat bagi pemohon untuk ditawarkan pekerjaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan jawatan sektor kerajaan.

KEKOSONGAN JAWATAN SEKTOR AWAM

Menurut pengerusi SPA, kekosongan sebanyak 35,000 yang dibuka itu meliputi:

Jumlah itu adalah berdasarkan kuota lantikan tahunan.

KELEBIHAN SISTEM BAHARU SPA9

Untuk makluman anda, sistem terbaru SPA9 yang menggantikan SPA8i merupakan satu sistem padanan yang menawarkan jawatan yang paling sesuai dengan pemohon berdasarkan keperluan dan latar belakang pendidikan.

Antara kelebihan sistem SPA9 yang bakal memberi manfaat kepada pemohon adalah:

PENDAFTARAN SPA9

Permohonan kerja dalam sektor awam boleh dibuat melalui sistem SPA9. Klik pautan berikut untuk pendaftaran SPA9:

CARA DAFTAR SPA9

Bagi individu yang belum pernah membuat pendaftaran di sistem SPA8i atau akaun tamat tempoh, anda perlu membuat pendaftaran baru di SPA9 untuk membuat permohonan kerja dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan:

  1. Klik pautan spa9.spa.gov.my
  2. Klik Pendaftaran Pengguna
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta sehingga selesai
  4. Tanda pada kotak yang disediakan tanda SETUJU
  5. Klik Daftar

Setelah selesai daftar, anda boleh login untuk membuat permohonan jawatan.

MAKLUMAT PENDAFTARAN PEKERJAAN SPA9

Berikut adalah maklumat pendaftaran pekerjaan dalam SPA9 yang anda perlu tahu:

Pemohon dinasihatkan untuk elakkan kesilapan yang boleh menyebabkan calon gagal mendapat tawaran SPA semasa membuat pendaftaran pekerjaan di SPA9. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan sistem SPA9, anda boleh ajukan terus ke laman Sistem ePertanyaan SPA.

Exit mobile version