Aplikasi Mindful Muslim

Pernah tak kita rasa resah gelisah tak menentu?

Pernah tak kita berasa kemurungan dan lepas tu tak cukup tidur.

Banyak berfikir. Banyak kerisauan.

Kegelisahan adalah emosi yang terbit oleh perasaan ketegangan, kebimbangan dan perubahan fizikal seperti peningkatan tekanan darah. Orang yang alami gangguan ini biasanya mempunyai pemikiran atau kebimbangan yang mengganggu.

Kerisauan selalu disebabkan banyak fikirkan masalah atau perkara yang tidak menyenangkan. Ia berlaku dengan sesuatu yang membuatkan merasa tidak bahagia dan takut. Mesti tak seronok kan bila berlaku sebegini?

stress, anxiety,

Depresi adalah gangguan mood yang melibatkan perasaan sedih dan kehilangan minat yang berterusan. Ia berbeza dengan perubahan mood yang selalu dialami orang sebagai bahagian kehidupan.

Jika perkara-perkara yang kurang elok ini dibiarkan berlaku kepada diri kita, sudah tentu akan terjadi perkara yang kurang menyenangkan. Sudah banyak kes-kes yang berakhir dengan perasaan depresi kecundangnya kehidupan.

Ingat, kalau kita ada masalah kesihatan mental, bukan bermakna kita adalah orang Muslim yang tidak baik. Seharusnya sebagai seorang Muslim, kita patut atasi masalah ini sebaik-baiknya. Walau dengan pelbagai cara.

Salah satunya dengan menggunakan aplikasi ‘Mindful Muslim

download mindful muslim app

Aplikasi Mindful Muslim dikembangkan untuk membantu umat Islam meningkatkan kesejahteraan emosi dan mental mereka melalui ceramah tidur dari kisah-kisah Islam.

Aplikasi ini dilancarkan pada bulan Mac tahun 2020 dan telah berkembang pada setiap bulan. Aplikasi ini kini mempunyai lebih daripada 50,000 pengguna dari seluruh dunia termasuk Indonesia, Malaysia, Perancis, UK, AS, India dan banyak bahagian Afrika. Rating 4.9 bintang di GooglePlay dari lebih daripada 3000 review menunjukkan aplikasi ni bagus.

Dalam aplikasi Mindful Muslim ini ada audio yang boleh kita dengar dengan tenang.

Mesti seronok apabila mendengar kisah-kisah dalam menurut Al-Quran dan Sunnah, semua ini dapat membantu tidur lebih lena, mengurangkan kegelisahan dan menghilangkan kemurungan.

Aplikasi Mindful Muslim

Dalam aplikasi Mindful Muslim ini, ada banyak perkara yang kita boleh manfaatkan. Jika kita ada masalah tekanan, kegelisahan, ataupun ketakutan, cuba buka aplikasi ni.

Ada zikir-zikir khas, ada doa-doa yang khusus, ayat-ayat rukyah dan kisah Nabi.

Dan yang menariknya, kita boleh buat playlist kita sendiri. Kita sesuaikan dengan apa masalah yang kita hadapi contohnya Pandangan ‘Ain, Pendinding diri, Tekanan perasaan, Melawan sihir, rasa keseorangan, masalah hutang dan banyak lagi.

Dan playlist kita tu boleh pilih bacaannya oleh siapa. Ada Saad Al-Ghamdi, Mishari Rashid Al Fasy, Abdul Basit Abdul Samad dan pilihan aku adalah Sheikh Abdul Rahman As Sudais. Ditambah lagi dengan background bunyi seperti bunyian air terjun, titisan air hujan, bunyi angin dan pelbagai lagi.

Mindful Muslim app

Kita semua tahu masa sekarang adalah masa yang cukup kritikal. Ramai yang keletihan terkurung, ramai yang tertekan sangat sebab tiada pekerjaan tetap dan ada ramai yang mempunyai masalah-masalah yang berkait dengan mental. Kesihatan mental di Malaysia mungkin terlepas pandang sebagai satu masalah yang juga merbahaya daripada lamanya wabak C19 berlaku.

Jadi, pilihan kita untuk menguruskan kesihatan mental kita dengan pelbagai cara.

Seharian penat kerja, seharian penat bersama menguruskan pelajaran anak dan pelbagai urusan lagi. Jadi, waktu rehat adalah waktu tidur yang berkualiti. Nak dapat kualiti tidur tu, ada yang punyai banyak masalah. Ada yang tak boleh tidur lelap sebab terlampau memikirkan masalah dan masalah datang setiap hari.

playlist mindful muslim

Buat masa ni, aplikasi Mindful Muslim dalam Bahasa Inggeris dan akan diterjemah kepada bahasa lain pada masa akan datang. Berita menarik juga kepada yang ingin menjadi penulis untuk Mindful Muslim boleh menghubungi secara langsung CEO Mindful Muslim, Mohd Akhtaar melalui LinkedIn beliau.

Jika ada yang nak interview beliau tentang aplikasi ni pun boleh, dapatlah saguhati voucer Amazon $30.

Mohd Akhtaar Mindful Muslim

CEO Mindful Muslim ni nampaknya bersemangat dalam membantu perihal kesihatan mental. Maka tak hairanlah jika lihat sendiri kepada testimoni dan pengalaman subscriber di Google Play, menunjukkan ia sesuatu yang amat positif.

Lihat saja paparan di berita secara online ataupun televisyen. Hampir setiap hari ada diceritakan tentang kisah mereka yang mengalami masalah kesihatan mental. Cukup ramai yang terseksa tak boleh nyenyak tidur, rasa gelisah.

Maka, kita ada pilihan untuk mengurangkan segala permasalahan tersebut dengan Download Aplikasi Mindful Muslim

Download Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim

Download for iPhone: https://apps.apple.com/us/app/mindfulmuslim/id1503293513

Facebook: https://www.facebook.com/mindfulmuslimapp
Instagram: https://www.instagram.com/mindfulmuslim.app

3 Comments

  1. Memang terapi diri dan minda buat masa ni, Sis dah download dan gunakannya. Sebelum tido mesti nak buka dan dengar.. alhamdulilah sekurangnya ada juga apps yang boleh kurangkan tekanan..
    Sis Lin recently posted…GANGGUAN DASIM DALAM RUMAH TANGGAMy Profile

Leave a Reply to Hans Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge