Site icon Geng Borak

Nak Renew Takaful dan Cukai Jalan? Gunakan CAKNA, Lebih Mudah!

Cakna renew roadtax insurance

Berjuta pemilik kenderaan di jalanraya Malaysia ni. Pembaharuan cukai jalan dan insurans kereta merupakan aktiviti tahunan yang perlu dilakukan terutamanya jika anda memiliki kenderaan sendiri. Sudah dalam norma baharu, pelbagai perkhidmatan dalam negara seperti pembaharuan takaful dan cukai jalan kenderaan kini boleh diakses dan dilakukan secara online.

Roadtax adalah wajib. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan agar semua pemilik kenderaan untuk memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang juga disebut sebagai roadtax untuk kenderaan digunakan di atas jalan raya.

Pemilik kenderaan perlu memperbaharui insurans dan roadtax sebelum ia mencapai tarikh luput. Pemilik kenderaan digalakkan untuk memperbaharui insurans kereta dan motosikal serta roadtax sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tamat tempoh.

Nak perbaharui takaful dan cukai jalan kereta dalam masa sekarang ni, dah mudah. Semuanya boleh dilakukan secara online saja.

Gunakan CAKNA

Ya, CAKNA. Sebab ia mudah dan ringkas. Perbaharui insurans dan cukai jalan kereta anda dari rumah. Dan yang istimewa, CAKNA ada program pembayaran mudah insurans dan cukai jalan secara komprehensif dengan faedah sifar peratus bagi meringankan bebanan kita.

Pandemik ini telah mengajar kita banyak norma baru seperti penjarakan sosial, bekerja dari rumah dan menggunakan platform dalam talian untuk melaksanakan tugasan harian.

Dalam semangat prihatin CAKNA telah memperkenalkan pembiayaan tanpa faedah Islamik berkonsepkan Qard UL Hassan untuk membeli takaful kenderaan dan membayar cukai jalan melalui potongan gaji selama satu (1) tahun.

Ini memang memudahkan kita. Di rumah atau di pejabat pun, kita boleh uruskan pembaharuan takaful dan cukai jalan kenderaan. Tak perlu dah ke sana ke sini untuk beratur seperti sebelum ni. Semuanya di hujung jari dan cukai jalan pun sampai depan rumah.

Untuk perbaharui cukai jalan dengan CAKNA ni senang sahaja. Layari https://www.cakna.my dan dapatkan sebutharga terlebih dahulu.

  1. Dapatkan Sebut Harga
  2. Pilih Pakej Takaful
  3. Log Masuk Portal Cakna
  4. Pilih Kaedah Pembayaran (3 jenis)

Untuk bayaran, ada dua jenis pilihan iaitu bayaran terus atau potongan gaji. Buatlah pilihan yang bersesuaian kalian.

Siapakah Layak Memohon CAKNA? 

Untuk lebih jelas, boleh tonton video Pendaftaran Pengguna Baru CAKNA.

Bagi kalian yang mahukan maklumat lebih lanjut, terus saja hubungi CAKNA di pelbagai laman sesawang https://www.cakna.my dan media sosial.

Facebook CAKNA 
Instagram CAKNA 
Youtube CAKNA 

Exit mobile version