Keluarga Neelofa

Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad. Astro AWANI difahamkan, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara merisik.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan. Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.

Keluarga PU Riz

Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Neelofa PU Riz risik

Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dan PU Riz tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.

Pu Riz Neelofa Risik
Majlis Risik Neelofa PU Riz

Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.

PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta pelakon.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge