I Citra KWSP one off

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan pengeluaran i-Citra RM10,000 buat kali kedua walaupun dapat desakan beberapa pimpinan politik selepas rakyat menghadapi bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan pengeluaran i-Citra RM10,000 buat kali kedua walaupun terdapat desakan politik selepas rakyat menghadapi bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, alasan hendak membuka perniagaan akibat banjir tidak boleh diterima kerana pelbagai kemudahan kewangan telah diberikan kerajaan.

“Untuk i-citra itu saya rasa Menteri Kewangan sudah menjawab beberapa kali dan saya pun sudah jawab beberapa kali.

“Kemudahan lain diberikan, kalau alasan hendak buka perniagaan baru kerana terjejas dengan banjir, Tekun menawarkan RM10,000 pinjaman mudah tanpa faedah dan moratorium selama setahun. Begitu juga untuk membeli barang keperluan rumah asas, kerajaan akan beri dan mungkin akan ada tambahan lain.

“Bank Simpanan Nasional akan memberikan pinjaman peribadi untuk membeli barangan tersebut dengan kadar faedah kosong peratus dan moratorium selama enam bulan,” katanya dalam sidang media di Masjid Al-Muttaqin, Hulu Langat.

Baca juga : RM10,000 KWSP One Off : Antara Harapan dan Kekecewaan

semak dividen kwsp 2018

Ismail Sabri sebelum itu turun ke Hulu Langat bagi melihat sendiri kesan banjir di kawasan itu dengan ditemani Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang.

Menurut beliau lagi, wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah untuk kegunaan hari tua selepas tidak bekerja lagi.

Selepas memberi dua kali pengecualian pengeluarkan wang KWSP, sebanyak 20 peratus Melayu dan Bumiputera hanya berbaki RM1,000 dalam KWSP.

Artikel berkaitan : Rakyat Bukan Saja-saja Tuntut Pengeluaran RM10K i-Citra KWSP!

Ismail Sabri iCItra

“Jadi dengan RM1,000 golongan ini automatik akan jadi miskin tegar, itu yang saya risau sebab 95 peratus daripada jumlah ini adalah Melayu dan Bumiputera,” jelas beliau.

Kerajaan telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), yang membenarkan ahli KWSP untuk membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.

Setakat 7 Disember 2021, pengeluaran kumulatif i-Citra yang telah diluluskan adalah sebanyak RM21.5 bilion yang melibatkan 5.21 juta pemohon.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM21.3 bilion telahpun berjaya dikreditkan kepada ahli. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge