Panduan Cara Mohon isi Borang i Sinar KWSP Akaun 1

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Apa yang perlu dibuat sebelum memohon i-Sinar?

  1. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
    1. Masih aktif
    2. Milik anda
    3. Bukan akaun bersama

Nota:

  1. Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
  2. KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.

Baca Terbaru : Panduan Cara Tukar Amaun Pengeluaran i-Sinar Online

SYARAT MOHON ISinar kwsp

Cara Mohon i-Sinar KWSP Akaun 1

  1. Layari https://isinar.kwsp.gov.my/ pada 21 Disember 2020.
  2. Isikan nombor MyKad / MyPR dan nombor telefon bimbit
  3. Tekan TERUSKAN
  4. Isikan nombor One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS dan Sahkan OTP. Atau Jawab Soalan Keselamatan untuk Pengesahan.
  5. Tetapkan amaun pilihan.
  6. Tetapkan Bayaran BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN.
  7. Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.
  8. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.
  9. Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tanda v sebelum tekan HANTAR.
  10. Permohonan anda diterima dan akan di proses.
borang iSinar KWSP Online
borang iSinar KWSP Online
borang iSinar KWSP Online
borang iSinar KWSP Online
borang iSinar KWSP Online

** PASTIKAN ANDA SEMAK TERLEBIH DAHULU JUMLAH AMAUN YANG DIPOHON, BAYARAN BULAN PERTAMA DAN BAYARAN BULANAN BAKI SETERUSNYA.

Jadual Bayaran iSinar KWSP RM10000
  • Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.

Tarikh Pembayaran i-Sinar KWSP Akaun 1

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula 8 Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Baca juga : Semakan Keputusan iSinar KWSP Akaun 1 Online

Tengku Zafrul Menteri Kewangan

Kategori Pemohon i-Sinar KWSP Akaun 1

Kategori 1

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:

  • Anda sudah lama tidak mencarum
  • Anda seorang suri rumah
  • Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
  • Anda hilang pekerjaan
  • Anda diberi cuti tanpa gaji
  • Anda hilang sumber pendapatan

    Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
  • Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.

Kategori 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.

Amaran Aplikasi Palsu i-Sinar

KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga atau mewujudkan aplikasi untuk menguruskan pengeluaran KWSP anda!

KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak anda.

Baca juga : iSinar Kategori 2 : Dokumen Sokongan dan Kemaskini Maklumat 11 Januari 2021

aplikasi i sinar palsu

Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar. Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.

Ahli disarankan untuk merujuk info yang sahih hanya dari media social dan laman web rasmi KWSP. Sekiranya anda menemui sebarang info atau aktiviti yang mencurigakan, anda boleh terus melaporkannya ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000

58 Comments

  1. Semua boleh mohon i sinar.. Sy yg tak boleh mana adil?? Cakap mok tlg rakyat meringankan beban covid.
    Penipu btl…lau kerajaan btl2 mok menolong rakyat , mengapa mok terhadkan jenis ahli2 yg perlu mohon!!!

  2. macamana pencarum yg melebihi had umur 55 tahun, tidak layak untuk pengeluaran I-sinar, sedangkan sumber pendapatan tiada, telah diberhentikan kerja Pada bulan Mei 20 lalu pada Usia 58 thun, mohon penjelasan sewajarnya

  3. umur melebihi 55 thn, x boleh mohon I-lestari sedangkan saya telah diberhenti kerja oleh majikan dalam usia 58 thn, tarikh diberhenti pada 28 /5/20 sehingga kini tidak Mempunyai pendapatan tetap mohon pencerahan

  4. Pendapatan isteri memang tidak terjejas dari company tetapi terpaksa tanggung suami utk payment rumah dan bil seperti TNB, SAJ dan lain-lain yg sepatutnya part suami sebagai ketua keluarga

  5. Assallamualaikum,
    Saya sekarang berumur 54 tahun, dan tahun depan bulan 9/3 ini saya juga saya akan pencen 55 tahun. Adakah saya bileh membuat permohonan ketogori 1, dan jika boleh, ada kah terjejas apa apa masalah ketika, membuat pengeluaran pada usia saya pencen.

  6. Setelah selesai saya mengisi permohonan e sinar…bilakah saya akan dapat keputusannya dan dimana keputusan akan diberitahu.Terim kasih…

      1. Boleh ke saya membatalkan permohonan kerana tersalab pilih amaun , Dan buat permohonan semula ??

        1. Author

          Permohonan akan diproses terlebih dahulu. Sebelum tekan butang Hantar, ada masa untuk buat semakan

          1. Makne nya Tak bole ubah amaun nya ? Atau kene tunggu 4.1 nanti ?

          2. Author

            Nantikan makluman kemudian daripada KWSP untuk kemaskini. Keputusan dijangka 4/1/21 dan Rayuan dijangka 11/1/21

          3. kalau xdaftar i akaun bolah tak sy nk mohon i sinar

          4. Masa memohon tersalah hanya amound, boleh ke saya memohon balik

        1. Author

          Sistem akan proses. Sepatutnya perlu semak sebelum submit. Ada 10 langkah untuk hantar borang iSinar ni

          1. Sy dah buat permohonan semalam dan masa permohonan dihantar,line ditempat sy mengalami masalah,hampir 10 minit sy menunggu utk dihantar ..tiada sebarang pemberitahuan mengenai borang sy samada sudah diterima atau belum ..kemudian sy daftar semula,dan i sinar memaklumkn sy sudah buat pendaftaran permohonan ..jadi sy ingin bertanya,adakah borang permohonan sy sudah diterima dn akn diproses?

          2. Author

            Jika dimaklumkan begitu, bermakna permohonan telah dibuat

      2. Saya salah mengisi borang I sinar adakah cara untuk buat pembetulan

          1. Sy pon mau tersilap pilih amaun..boleh x nak batalkn dan buat semula

      3. Saya puan mariam boleh ke saya batalkan permohonan sebab tersalah pilih jumlah pengeluaran i sinar

    1. Author

      Sudah tekan butang HANTAR untuk borang iSinar online , ia akan diproses terlebih dahulu

  7. Salah tekan amount, boleh tukarkah ?

    1. Author

      Permohonan akan diproses terlebih dahulu. Sebelum tekan butang Hantar, ada masa untuk buat semakan

  8. Assalamualaikum dan selamat pagi KWSP,
    Saya En.jaya Kasuma bin Ibrahim nak maklum saya lupa nak gerakan i- Sinar
    Ke kanan UTK mendapat kan Amaun sebenar jumlah dikehendaki saya.adakah saya boleh membuat permohonan baru i-sinar

    1. Author

      Wasallam. Permohonan akan diproses terlebih dahulu. Sebelum tekan butang Hantar, ada masa untuk buat semakan

      1. Dah tertekan butang hantar, macam mana tu? Amoun tak dapat tukar ke?

        1. Author

          Tak dapatlah tu rasanya. Semakan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum klik Hantar

          1. Tak pe la saya gie pejabat KWSP terdekat, saya tak faham sangat pasal online and dah salah tekan 2000 je, dan tolak ke kanan butang utk 10 ribu.

  9. No,3-3-3 Kelompok Mawar 16/56 Setiawangsa Ampang Ulu Kelang
    54200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  10. aslm hi cara nk cancel i sinar mcm mna ye?? blh tolong tak??

  11. I da apply i sinar tapi silap pilih amount. Boleh tak selepas prosee o tukar limit pergi 10000. Silap pilih 2000

    1. Author

      Sistem akan proses. Sepatutnya perlu semak sebelum submit. Ada 10 langkah untuk hantar borang iSinar ni

    1. kalau xdaftar i akaun bolah tak sy nk mohon i sinar

  12. I ada call kwsp . Dia org cakap boleh kemaskini Tapi kina tungu announcement . Boleh tukar amount

    1. Sya trsalah pilih amount so nk tukr amount yg btul so cmner nk bt tu…help plsss

  13. Sya trsalah pilih amount so nk tukr amount yg btul so cmner nk bt tu…help plsss

    1. Author

      Untuk yang tersilap isi borang, nantikan pengumuman daripada KWSP. untuk rayuan iSinar pula maybe 11/1/21

  14. As salam. Tadi saya ada buat permohonan online i-sinar. Tapi saya sudah tersalah pilih amaun. Jumlah amaun rm5000. Nak mohon rm10000. Boleh tak saya nak batalkan permohonan, dan mohon permohonan yang baru. Boleh bantu saya tak?

    1. Author

      Untuk yang tersilap isi borang, nantikan pengumuman daripada KWSP. untuk rayuan iSinar pula maybe 11/1/21

      1. Saya dah apply i sinar..kwan tolong register..permohonan sya telah diterima.tapi masalhnya sya tiada i akaun..macam mana tu?

  15. assalamualaikum/salam sejahtera saya nak bertanya saya ada pergi kiosk utk kemaskini no.fon bila saya balik saya buat isinar tapi xberjaya dan perlu tunggu sehingga 24jam baru boleh buat balik..dan selepas 24jam saya buat lagi sekali dan keluar soalan2 tapi tetap sama juga tidak berjaya dan perlu cuba selepas 24jam kenapa yee

    1. Assalamualaikum [email protected] ada buat permohonan online i sinar kwsp akaun1 .. keputusannya masa mengisi borang online . Anda tidak berjaya menjawab soalan. .. macam mana caranya lebih muda. untuk mendapat permohonan online i sinar kwsp akaun1..

Leave a Reply to admin GB Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge