Site icon Geng Borak

Panduan Cara Mohon RM10,000 i-Sinar KWSP Online Borang Pengeluaran Akaun 1

Panduan Cara Mohon isi Borang i Sinar KWSP Akaun 1

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Apa yang perlu dibuat sebelum memohon i-Sinar?

  1. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
    1. Masih aktif
    2. Milik anda
    3. Bukan akaun bersama

Nota:

  1. Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
  2. KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.

Baca Terbaru : Panduan Cara Tukar Amaun Pengeluaran i-Sinar Online

Cara Mohon i-Sinar KWSP Akaun 1

  1. Layari https://isinar.kwsp.gov.my/ pada 21 Disember 2020.
  2. Isikan nombor MyKad / MyPR dan nombor telefon bimbit
  3. Tekan TERUSKAN
  4. Isikan nombor One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS dan Sahkan OTP. Atau Jawab Soalan Keselamatan untuk Pengesahan.
  5. Tetapkan amaun pilihan.
  6. Tetapkan Bayaran BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN.
  7. Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.
  8. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.
  9. Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tanda v sebelum tekan HANTAR.
  10. Permohonan anda diterima dan akan di proses.

** PASTIKAN ANDA SEMAK TERLEBIH DAHULU JUMLAH AMAUN YANG DIPOHON, BAYARAN BULAN PERTAMA DAN BAYARAN BULANAN BAKI SETERUSNYA.

Tarikh Pembayaran i-Sinar KWSP Akaun 1

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula 8 Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Baca juga : Semakan Keputusan iSinar KWSP Akaun 1 Online

Kategori Pemohon i-Sinar KWSP Akaun 1

Kategori 1

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:

Kategori 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

Amaran Aplikasi Palsu i-Sinar

KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga atau mewujudkan aplikasi untuk menguruskan pengeluaran KWSP anda!

KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak anda.

Baca juga : iSinar Kategori 2 : Dokumen Sokongan dan Kemaskini Maklumat 11 Januari 2021

Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar. Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.

Ahli disarankan untuk merujuk info yang sahih hanya dari media social dan laman web rasmi KWSP. Sekiranya anda menemui sebarang info atau aktiviti yang mencurigakan, anda boleh terus melaporkannya ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000

Exit mobile version