Kolej Matrikulasi Perak kena Kompaun

Sekretariat Undang-Undang dan Perlembagaan Pemuda UMNO Perak sedia menawarkan khidmat guaman percuma kepada pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa seperti ditularkan di media sosial.

Pengerusinya, Faridzul Azlan Abd Shani berkata, pihak sekretariat juga akan mengambil tindakan yang diperlukan bagi pihak pelajar berkenaan kerana difahamkan mereka terkejut dengan tindakan saman tersebut.

Suatu penyelesaian yang baik diharap dapat dicapai dalam usaha mengimbangi penggunaan kuasa oleh pihak berkuasa dalam menjalankan tugas dengan keadaan semasa pelajar yang berkenaan.

UMNO Perak

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter memaklumkan Jabatan Kesihatan Perak telah menjalankan siasatan berhubung kompaun RM1,500 yang dikeluarkan kepada pelajar Kolej Matrikulasi Perak tersebut.

Sementara Itu, Caprice dalam hantarannya di Instagram meminta kepada yang mengenali pelajar-pelajar tersebut supaya menghubunginya. Caprice dan Hijabista.Hub ingin menawarkan bantuan bayaran kompaun dan memberikan Baju Hari Raya Caprice buat mereka.

Sape2 kenal student2 ni tolong dm. Caprice dan @hijabista.hub nak cover cost kompaun diaorang + kasi baju raya caprice. ❤

Caprice Kolej Matrikulasi Perak

Baca juga : Rentas Negeri Yang Lulus Hanya Dibenarkan Isnin hingga Khamis

Pada Isnin tular di media sosial Twitter apabila ada beberapa akaun yang mendakwa terdapat pelajar matrikulasi dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur pematuhan standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup mulut di dalam kawasan kolej.

Perkara yang membuatkan ramai berasa kesal adalah pelajar tersebut langsung tidak dibenarkan keluar ke mana-mana sejak semester dibuka dan pihak berkuasa yang masuk ke dalam kolej untuk membuat pemeriksaan telah mengenakan kompaun kepada mereka tanpa budi bicara.

Terdapat juga video menunjukkan pelajar-pelajar matrikulasi itu disaman sehingga membuatkan warganet mempersoalkan tindakan tersebut.
– Sinar Harian, Instagram Caprice –

1 Comment

Leave a Reply to abambam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge