Karnival Kerjaya kembali lagi buat anda yang sedang mencari kerja terutama dari golongan graduan, lepasan sekolah dan penganggur. PERKESO dengan kerjasama pelbagai majikan akan menganjurkan Karnival Kerjaya JaminKerja Industri Pelancongan 2022.
Ratusan peluang pekerjaan menanti anda di Karnival Kerjaya JaminKerja yang akan berlangsung selama 2 hari bermula 14 November 2022 di Dewan Canselor MSU. Pelbagai aktiviti menanti anda seperti kaunseling kerjaya, bantuan pendaftaran Portal Pekerjaan Nasional, sesi temuduga dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan kerjaya impian anda. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program dan panduan pendaftaran.
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Karnival Kerjaya Jamkinkerja Industri Pelancongan 2022
- Tarikh karnival: 14 November & 15 November 2022
- Masa: 9 pagi hingga 4 petang
- Lokasi: Dewan Canselor Management & Science University (MSU)
MAJIKAN TERLIBAT
Semak senarai majikan terlibat di bawah:
CARA DAFTAR KARNIVAL KERJAYA INDUSTRI PELANCONGAN
Sekiranya anda berminat untuk menyertai Karnival Kerjaya Jamin Kerja 2022 dan ingin merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pelbagai majikan, anda boleh buat pendaftaran sebelum tarikh karnival. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:
Pastikan anda hadir pada tarikh dan masa temuduga yang ditetapkan. Makluman dan pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat emel yang anda daftarkan.
Pelbagai golongan yang terdiri daripada orang dewasa, belia, penganggur, mereka yang berminat untuk mengubah kerjaya serta pelajar dan lepasan sekolah yang memerlukan panduan untuk mempunyai panduan yang lebih baik dalam membentuk visi kerjaya mereka. Beberapa topik yang menarik dari segi garis panduan kerjaya adalah seperti berikut:
- Penilaian ciri peribadi, kemahiran dan minat.
- Penulisan dari segi sastera kerjaya, rancangan tindakan serta laporan.
- Nasihat mengenai CV, aplikasi dan teknik ketika sesi temu duga.
- Mengumpul maklumat mengenai latihan, peraturan profesional serta pasaran buruh semasa.
Teknologi sentiasa berubah dan begitu juga tempat kerja. Dalam persekitaran pasaran yang dinamik, adalah penting bagi individu untuk memahami keupayaan, sifat dan personaliti mereka untuk memenuhi permintaan pasaran
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:
- Encik Sharizami: 019 609 2375
- Puan Nazirah: 019 610 1243
Imbas kod QR untuk pendaftaran atau layari www.myfuturejobs.gov.my/careerfair