Bangunan Parlimen

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu pengumuman penting esok, terdapat spekulasi ia berkaitan pembubaran Parlimen.

Sekiranya Parlimen dibubarkan esok, sembilan bulan sebelum penggalnya tamat, pilihan raya umum kemungkinan diadakan pada minggu pertama Nov. Ianya berdasarkan amalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya umum 2013 dan 2018.

Ismail dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini untuk mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen.

Satu sumber peringkat tinggi kerajaan yang dihubungi FMT berkata, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai pertemuan itu. Bagaimanapun sumber itu memberitahu,”Saya percaya ada satu pengumuman penting dari perdana menteri esok,”.

Katanya, surat jemputan kepada media berhubung pengumuman itu akan dikeluarkan beberapa jam lagi.

Pembubaran Parlimen

Parlimen mungkin dibubarkan esok

Terdahulu, New Straits Times melaporkan, Ismail menghadap Yang di Pertuan Agong pada tengah hari ini untuk mendapat perkenan bagi membubarkan Parlimen.

“Parlimen mungkin dibubarkan seawal-awalnya esok,” kata sumber yang dipetik New Straits Times.

Difahamkan, Perdana Menteri akan menghantar Yang di-Pertuan Agong untuk lawatan khas ke United Kingdom yang bermula esok hingga 16 Oktober.

Lawatan khas baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke London termasuk pertemuan dengan Raja Charles III di Istana Buckingham pada 12 Oktober.

Baca juga : Bajet 2023 : Suka Atau Tidak?

Artikel berkaitan : Pengeluaran KWSP 2.0 : Kerajaan Digesa Benarkan Sekali Lagi

Agong dan Raja Permaisuri

Khamis lalu, Ismail Sabri selesai menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara.

Ismail Sabri sempat melambai kepada hampir 100 pengamal media yang berkampung di hadapan pintu utama Istana Negara seawal 7.30 pagi.

Sesi Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong itu mendapat perhatian berikutan spekulasi beliau memohon pembubaran Parlimen daripada baginda. Ini adalah untuk memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau dipercayai turut menyentuh mengenai Bajet 2023 dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong yang dibentang di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu. Pelbagai tanda tanya serta persoalan bermain di fikiran rakyat ketika ini memandangkan desas-desus berkenaan pembubaran Parlimen semakin bertiup kencang.

Perkara itu dikuatkan lagi dengan kesepakatan yang dibuat menerusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Sebelum ini yang bersetuju agar pembubaran Parlimen dilaksanakan dalam masa terdekat iaitu pada tahun ini juga. – FMT & HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge