Site icon Geng Borak

Pengalaman Ancaman B0M Dalam Pesawat Air Asia AK423

Security Air Asia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kejadian ini berlaku pada 3 Ogos 2016.

Berita yang dikhabarkan penerbangan pesawat Air Asia AK423 ditangguhkan kerana ada penumpang yang membuat ancaman bom di dalam pesawat tersebut. Pengalaman aku bersama rakan ke Banda Aceh atas urusan bisnes dan menggunakan pesawat Air Asia di KLIA2.

Pada awal pagi seperti biasa dan waktu penerbangan adalah jam 745 pagi. Pemeriksaan di gate adalah seperti biasa dan untuk penerbangan AK 423 berada di gate Q11.

Selepas menunaikan solat subuh, seperti biasa gate Q11 dibuka pada jam 6.45 pagi. Kemudian, semua penumpang masuk ke pesawat seperti biasa mengikut urutan. Bilangan penumpang tidak penuh sangat di dalam pesawat, mungkin kerana bukan hujung minggu.

Kemudian, sementara masing-masing ingin bersiap untuk berlepas, ada kedengaran seorang pakcik berumur dalam 60-an sedang bertekak dengan seorang pramugara Air Asia.

“ini final warning saya encik. encik tak boleh cakap pasal bom dalam pesawat ni”

“ini bukan flight encik, bahaya! saya bagi final warning ni encik”

Namun dilihat pramugara tersebut agak marah dengan pakcik tersebut yang memang melawan cakap. Kemudian, demonstrasi keselamatan dilakukan oleh cabin crew. Pesawat berjalan perlahan-lahan dan seterusnya ke hujung landasan.

Semua penumpang masih tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Cabin crew masih dengan prosedur dengan memberitahu pilot pesawat. Sehinggalah ternampaknya kenderaan-kenderaan penyelamat Malaysian Airport dan pesawat AK 423 yang di hujung landasan serta polis-polis dan pegawai keselamatan

Mereka naik masuk ke dalam pesawat dan mencari pakcik tersebut di seat serta mengarahkannya keluar. Kelihatan semuanya serius dan pegawai-pegawai keselamatan mengambil beg pakcik tersebut untuk diperiksa.

Pada jangkaannya sudah selesai, tetapi kami semua penumpang dikehendaki juga turun keluar dari pesawat dan diperiksa beg hand carry dan badan.

Semua. Tidak terkecuali. Pemeriksaan details

Kemudian, semua penumpang di bawa balik dengan bas dan kami dikuarantin di gate Q7. Semua penumpang sudah bertenang dan kami diberikan air mineral.

Itulah bahayanya menyebut dengan bergurau mengenai “bom’ di kawasan lapangan terbang. Sudah pasti pakcik tersebut akan ditahan selama beberapa hari oleh pihak berkuasa.

Flight attendance memberitahu jangkaan pesawat berlepas adalah pada jam 1.30 petang ke Banda Aceh.

Alhamdulillah, semuanya terkawal serta Malaysia Airports dan AirAsia dah buat yang terbaik untuk mengawal keadaan mengikut SOP. Jadi, pesanan untuk semua, jangan bergurau dengan perkataan ‘BOM’ lebih-lebih lagi sudah masuk ke kawasan lapangan terbang.

Semoga selepas ini semuanya selamat tanpa gangguan.

Exit mobile version