Bosan dengan makanan yang biasa seharian?
Jom ke Restoran Lembah Bernam, Sekinchan dan rasai sendiri makanan eksotik dan masakan kampung yang enak. Terletak di Main Canal (terusan utama) kawasan Tali Air 9 Pasir Panjang, restoran tersebut dilihat sudah menambahbaik untuk keselesaan para pengunjung.
Restoran ini dibuka hanya pada jam 11 pagi sehingga jam 5 petang dan tutup pada hari Jumaat. Rata-rata yang menggemari makanan istimewa ini telah datang bertahun-tahun dan ramai juga yang datang secara berkumpulan.
Masakan yang disediakan sememangnya menarik perhatian. Masakan eksotik adalah seperti landak, rusa dan juga pelanduk. Bagi masakan kampung pula ada hidangan ikan baung, ikan tapah, ikan sepat, ikan puyu, udang galah dan ulam ulaman.
Ada juga terdapat makanan ringan yang lain seperti keropok, kerepek, dadih dan air botol.
Sesekali ada ternampak geng motorsikai berkonvoi semata-mata untuk makan di sini. Begitu juga dengan kerabat diraja Selangor, pernah singgah di Lembah Bernam ini kerana hidangan makanannya sedap.
Waktu makan tengahari di restoran ini penuh sesak dengan pelanggan. Dan sudah pasti beberapa menu juga kadangkala habis awal seperti ikan sepat dan udang galah.
Kali ini, bersama keluarga singgah di Restoran Lembah Bernam dan memesan beberapa menu istimewa. Ikan baung dan ikan keli goreng menjadi menu dan kami memesan rendang landak, pelanduk masak goreng berlada dan rusa masak kicap.
Harga daging landak adalah mengikut harga pasaran dan untuk merasainya, kami memesan 200 gram dimasak untuk dimasak rendang. Harganya RM24/200 gram.
Kemudian, kami inginkan sesuatu yang lebih menarik dengan memesan daging pelanduk masak goreng berlada. Bagi 300 gram ini, kami minta buat dua bekas dan harganya adalah RM24/200gram
Ada yang teringin untuk makan daging rusa, harganya RM16/200gram dan kami meminta untuk membuat menu daging rusa masak kicap.
Bagi minuman, untuk memudahkan urusan, kami memesan satu jag epal asamboi dan juga satu jag air tembikai. Ternyata rasanya berbaloi dengan harga yang diberikan. Masakan kampung dan eksotik yang kena dengan citarasa ditambah dengan sambal ulaman.
Bagi yang ingin menikmati hidangan yang istimewa tersebut, bolehlah terus ke alamat restoran dan jika inginkan kepastian, telefon dahulu sebelum datang. Restoran Lembah Bernam Jalan Main Canal, Tali Air 9,Pasir Panjang,Sekinchan
Waktu Operasi : 11am – 5pm (Jumaat tutup)
Facebook : Restoran Lembah Bernam
Untuk tempahan, boleh hubungi :
019-2133665 / 017-2858603