I Citra KWSP one off

Nampaknya masih ramai lagi masyarakat khususnya  pemegang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengeluh dan memohon bantuan agar pengeluaran terakhir i-Citra sebanyak RM10,000 dibenarkan.

Ia kerana, terdapat segelintir rakyat yang masih berada dalam keadaan terdesak dan berusaha memulakan kehidupan akibat dibuang kerja, pemotongan gaji serta hilang punca pendapatan ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, perkara itu akan dibincangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk diperhalusi sebelum sebarang keputusan dikeluarkan.

Tambahnya lagi, kemungkinan pengeluaran terakhir ini akan diberikan pilihan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja dan mempunyai baki yang mencukupi.

BACA : RM10,000 KWSP One Off : Antara Harapan dan Kekecewaan

Tuntutan i Citra RM10000

Malam ini selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, saya sempat berbincang dengan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob buat kesekian kalinya mengenai isu yang banyak dibangkitkan oleh rakyat khususnya mengenai tuntutan mereka untuk mengeluarkan buat kali terakhir wang simpanan mereka dalam KWSP i-Citra RM10k.

Saya memberikan penjelasan kepada YAB PM bahawa ramai yang memang dalam keadaan susah dan terdesak pasca PKP untuk memulakan kehidupan akibat dibuang kerja, pemotongan gaji, cuti tanpa gaji dan hilang punca pendapatan sejak awal tahun lagi. Dengan pelbagai komitmen dan hutang yang tertunggak, rata-rata begitu memerlukan pengeluaran buat kali terakhir untuk kelangsungan hidup, bahkan ada yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Saya turut mencadangkan, mungkin untuk pengeluaran kali terakhir ini, diberikan pilihan kepada yang memang benar-benar berkeperluan mendesak yang memerlukan mereka membuat permohonan dan terhad kepada yang mempunyai baki yang mencukupi.

Hakikatnya, YAB PM juga mengakui keperluan tersebut dan membaca setiap komen-komen di media sosial beliau yang memperlihatkan ramai memberikan maklum balas serupa mengenai isu i-Citra KWSP ini.

Beliau menyatakan kepada saya untuk beliau berbincang dan membawa perkara ini kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul agar dapat diperhalusi cadangan yang dikemukakan.

InsyaAllah saya akan terus susuli dan follow-up bagi pihak rakyat yang memerlukan.

#PemudaJurubicaraRakyat
#TradisiMembelaRakyat
#TuntutanRakyat
#KWSP
#iCitra

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

27 Comments

  1. Kami berharap sngt kerajaan dapat membantu dngn cara meluluskan pengeluaran i citra kedua buat kami

  2. Masih tak faham level pemikiran Kerajaan kita ni…langsung tak peduli kesusahan rakyat…dan juga tidak ada inisiatif langsung utk mencari solusi membantu rakyat stabilkan kedudukan kewangan yg terjejas teruk akibat pandemik ini serta menjamin masa depan yg cerah utk rakyat…mungkin sebab golongan menteri2 dan ahli2 politik ni sedikit pun tidak terjejas dengan pandemik yg melanda…Ignorant bunch of imbeciles…yg sedihnya…rakyat yg memberi kuasa kepada mereka…tak ke rasa bodoh kerana mengundi mereka ni…apa salahnya jika Kerajaan memperkenalkan skim usahawan…benarkan rakyat keluarkan duit KWSP utk memulakan perniagaan dgn bantuan dari pihak Kerajaan…sektor pertanian,perladangan,penternakan,perikanan,pembuatan,dan berbagai perniagaan lagi…bukankah ini dpt membantu rakyat malah dpt juga mengukuhkan ekonomi negara dan juga mengawal kenaikan harga brg yg tak terkawal skg ni…common sense lah…fikir2 kan..

  3. Sangat berharap dapat dapat diluluskan…

  4. Mohon beri suri rumah dpt mgeluarkn duit kwsp krn mrk tidak lg bkerja..maka bolehlah djadikan modal pniagaan atau pelaburan yg boleh dkeluarkn ketika tdesak…

  5. Ini cerita saya.
    Moratorium tamat bln 12 ni. Bulan 1 2022 dah mula bayar penuh.
    Gaji sebelum pandemik 9k.
    Tidak bekerja 9 bulan, bermula Oct 2020.
    Baru dapat kerja Julai 2021.
    Gaji tpt kerja baru 3k.
    Beza dgn gaji di tempat lama 6k.
    Cara survival selama 9 bln tak bekerja :
    1. Gadai emas dah 35k
    2. Kad kredit sampai kena block 7k
    3. Selepas 6 bln emas tak tertebus, terpaksa
    gadai emas lagi untuk byr bunga sambung lagi 6 bulan.
    Gaji 3k lepas tolak EPF, bersih tinggal 2.7k.
    Bila dah tak ada moratorium,
    1. Bayaran rumah 1.4k
    2. Bayaran pinjaman peribadi 1.2k (Baki 70k)
    3. Bayaran kad kredit bulanan 400 (Baki 7k)
    Ini aje dah 3k !!! lagi byk dari income, mana duit makan,duit sekolah dan duit bil?
    Skrng ni selamat sebab ada moratorium.
    Bermakna, pada hjg bln 1 saya akan menuju ke arah bankrapsi!!!
    SEDANGKAN ………………..
    Dalam EPF saya masih berbaki 265k wlaupun selepas i-lestari,i-sinar,i-citra dikeluarkan.(sebenarnya 315k, 50k telah pun dipotong utk pelaburan dlm Public Mutual dimana skrng nilai telah pun menjadi 70k).
    Sekiranya KERAJAAN benar2 ingin membantu, benarkan KWSP dikeluarkan untuk menyelesaikan hutang mengikut masalah individu. Masalah setiap individu adalah berbeza.
    JANGAN GUNAKAN B40 SEBAGAI BATU ARAS RUJUKAN!!!!
    Jika guna B40 sebagai rujukan maka M40 akan tetap mati.
    M40 pun manusia juga, makan nasi.
    Jika KWSP saya dibenarkan keluar 112k untuk selesai hutang emas 35k,loan70k dan kad kredit 7k saya masih ada lagi 153k dalam simpanan (tak termasuk 70k dari public mutual). Baki 153k ini akan bertambah semula kerana saya telah bekerja walaupun dgn gaji yg kecil.
    Dengan penyelesaian hutang ini, komitmen bulanan saya telah menjadi kecil dan secara tak langsung baki bulanan bersih saya menjadi lebih besar.
    Dengan selesai hutang :
    Saya cuma tinggal utk membayar rumah 1.4k
    Ditolak dari baki gaji tadi 2.7k saya kini sudah ada 1.3k untuk makan,duit sekolah dan bil dimana sebelum ni baki bulanan adalah negative.
    Untuk mengelakkan salah guna wang pengeluaran kwsp ini, saya tidak membantah jika kwsp meminta surat2 jumlah bukti hutang tertunggak dan kwsp juga boleh membuat pembayaran terus kpd institusi atau bank yg berkenaan.
    PENTING HUTANG SELESAI dan ada semula cash in hand.
    Saya yakin, ramai diluar sana mengalami nasib yg sama.
    Duit KWSP ada tapi tak dapat membantu, jatuh bankrapsi, bila bank satu hari nanti ada kuasa boleh tuntut hutang buat pemotongan terus dari simpanan KWSP masa pengeluaran 55 tahun lagi parah…..kira bunga bertahun sama juga hilang duit simpanan hari tua.
    Jangan dikisah masa hari tua yg belum pasti !!!
    Utk hidup di hari tua perlu lepas utk hidup pada hari ni dahulu.
    Fikir-fikir kan laaa Tok-tok Menteri semua.
    Anda tak pernah rasa smua ni kan? Kami rasa, kami tahu.
    Terima kasih.

  6. Permudahkan 10k oneoff, rakyat skrg tengah susah, permudahkan urusan rakyat Allah permudahkan urusan pemimpin smua.

  7. Kami semua amat memerlukan icitra 10k untuk kelangsungan hidup sekeluarga

  8. Sememangnya apa yg dirasai dan di takuti kehadapan adalah satu cabaran yang terduga, hendaklah kerajaan memberi peluang kepada rakyat kerana berikutan masih berada didalam situasi pendamik yang tak menentu.
    Walaupun ekonomi mulai pulih namun… Rakyat masih bersandar dan berharap terhadap pengeluaran wang simpanan KWSP agar dapat mengurangkan atau mengukuhkan untuk menghadapi cabaran dimasak akan datang…untuk kali terakhir harapan rakyat biarlah kerajaan meluluskan satu lagi peluang bantuan untuk pengeluaran KWSP…

  9. I hope get i-citra 2,
    Really very2 helpful if get one short 10k double happy and more easy bcoz we can pay our outstanding payments and utang2 all can be settle, then our monthly salary can be save and can spend with family.

  10. Saya sangat berharap agar kerajaan dapat membantu kami untuk pengeluaran KWSP One off rm10000.00 untuk kami menyelesaikan segala hutang piutang kami terutama dengan pinjaman wang berlesen.. agar kami boleh memulakan kehidupan dan kerjaya kami semula.. terimakasih.. semoga Allah mempermudahkan kehidupan bagi mereka² yg membantu

  11. Buta kah kerajaan tengok rakyat dalam keadaan terdesak mcm ni…kenapa nak bincang bgtu lama…harap kerajaan ni janganlah keras hati untuk mengaluarkan wang simpanan kwsp kami tu..itu duit kami bukan duit kerajaan…janganlah bagi secubit2,kami tak dapat buat apa2 dengan cara mcm tu,jadi berilah kami peluang untuk mengaluarkan 10k one of bagi kami.

  12. Alhamdulilah..Semoga dipermudahkan urusan icitra utk Rakyat.. Amin

  13. Harap krjaan luluskan.sbb mcm sy surirumah yg pernah berkerja satu masa dulu duit dlm KWSP masih byk tp mmg xder mencarum lg sbb xberkerja dh.mmg nk sgt keluarkan semua.Bglh kelulusan pd surirumah mcm sy ni yg mmg mengharap 100% duit dari suami.

  14. Yang penting sekali kalau ekonomi dah pulih nanti pihak KERAJAAN mestilah membayar balik semua pengrluaran KWSP yang telah dikeluarkan. Jangan Lupa tanggungjawab pulak.

  15. Saya berharap kerajaan dapat meluluskan one-off 10k buat kali terakhir drpd KWSP seperti yg sedang hangat diperkatakn oleh semua penduduk MALAYSIA. Jadi sebagai sebuah kerajaan sekarang harus dan wajib memahami makna sebuah KELUARGA MALAYSIA yg baru2 ini dirasmikn oleh PM9 pd 9hb. Dis. 2021. Sebagai pemimpin harus memahami kesusahan, keperitan, kehidupan, keresahan, kemurungan rakyat serta berbagai2 lg ungkapan atau kata2 yg tidak boleh ditafsirkn bg sebahagian rakyat MALAYSIA. Kami rakyat MALAYSIA yg telah kehilangan kerja, diberhentikan, dipotong gaji dari 25% hingga 60% telah kehilangan pendapatan bulanan bg menyara keluarga, sara diri dan anak2 yg sedang belajar samada sekolah, kolej, IPTA, IPTS dan selainnya termasuk perbelanjaan kesihatan bg penyakit kritikal kesan drpd PANDEMIK C19 yg sedang melanda diseluruh dunia termasuk MALAYSIA sendiri.

    Ini disebabkn pengeluaran yg dibuat juga adalah melalui duit tabungan rakyat sendiri iaitu KWSP. Jadi tidak salah ya dikeluarkn demi rakyat yg terhempit sekarang.

    Duit serta keuntungan KWSP juga telah digunakn oleh kerajaan utk pembangunan negara, hutang negara dan bajet negara juga.

    Rakyat sendiri memberi kenapa kerajaan menghalang, adakah ini dinamakan KELUARGA MALAYSIA. Dimanakah pertimbangan seorang pemimpin yg adil dan saksama kpd rakyat MALAYSIA?

    PIKIRLAH WAHAI HAMBA ALLAH YG MENJADI KETUA PEMIMPIN KPD SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

    1. Tolong laà ..luluskan laà KWSP One of..byk hutang yg perlu sy bayar..skrg sgt susah. Nk mkn pon cukup2..semoga di permudahkan..Aaminn

    2. Saya harap kerajaan dpt lyluskan pengeluaran ini

  16. Kalau saya dapat duit saya boleh urus sikit. Sebab harga barang dah meningkat lagi pun saya mau beli baju dan barang -barang sekolah untuk anak saya.

  17. Harap dapat kuar duit kwsp acc1 , boleh melunaskn bayaran hutang tertunggak dgn pinjm berlesen Dan kawan2

    1. Saya setiap hari berdoa..agar Allah lembutkan hati PM kita untuk bersetuju pengeluaran one off i citra.Kerana suami saya baru sahaja mula kerja pada awal bulan januari 2022.Saya penjaja tepi jalan.Kanopi saya habis patah dan rosak terkena ribut pada akhir pertengahan bulan 12.Segala nasi jualan saya terpakse hantar ke masjid dan surau pada petang itu kerana tiada kawasan teduh nak jual balik nasi2 saya masak 4 bocong.Hujan tanpa henti hari tu..Sekarang saya menhadapi harian mengharap ehsan2 orang dan kawan saya berhutang..begitu juga suami saya.Dengan tunggakan kenderaan tertunggak,bayaran sewa rumah tertunggak,belum lain2 lagi.Keperluan anak untuk mula bersekolah xmampu nak beli kerana utamakan makan minum harian fmily saya. Saya berHarap bantulah ringan beban rakyat..luluskan one off rm10k.Terima kasih

  18. Saya harap dapat diluluskan pengeluaran epf rm10k …sbb saya hilang punca pendapatan melalui perniagaan kecil kecilan saya…..saya tudak mendapat sebarang bantuan dari kerajaan buat masa ini kerana katanya saya tidak layak walaupun saya pernah memohon.

  19. Buatlah kali terakhir utk rakyat..jika ini lulus kerajaan akan kekal takbir malaysia..jasa kerajaan rakyat takkan lupa..kami tahu duit milik kami tp hak pemerintah..sebb kami tahu duit kami ada disimpanan pihak anda ia akan berkembang…

    1. Minta bg cash terus 10k atau 20k ..bg sikit2 cepat abis..jgn risau hasil masih byk…kita percaya allah ada….jgn kita tentukan masa depan..kita hanya rancang….kita tak boleh ckp pencen nanti kita akan miskin…itu bukan hak kita tentukan…allah tentukan semua

  20. Orang yang ada KWSP ada harapan bagi kami orang yang tiada KWSP gigit jari dan kami yg berumur 65 tahun keatas tinggal makan kertas sebab mohon bantuan pun tidak di lulus apa lah jadi dengan kami ini.
    Minta kerajaan supaya setiap orang yg berumur 65 tahun keatas tidak dapat bekerja lagi dilulus mendapat bantuan kebajikan.

  21. Assalamualaikum Yg Bhg Dr.,
    seandainya apa yg Dr. Perjuangkan ini berjaya, Insyaallah secara tidak langsung
    memberi impaknya kepada parti UMNO, imej parti sebagai pembela dan memperjuangkan isu rakyat bawahan itu sendiri mudah2an membantu dalam memulihkannya setelah parah angkara individu yang sengajanya menyeret parti Dr. ini dgn harapan boleh melindungi dirinya sendiri, walaupun sedar perbuatan keji itu buatkan bangsa sendiri turut terpalit samada ianya ahli atau tidak!, Walaupun saya bukan ahli parti Dr. tetapi apa yang Dr. usahakan ini seandainya berjaya usaha Dr. ini amat meninggalkan kesan kepada ramai rakyat bawahan. Cuma saya minta yg memberi pendapat menghalang daripada usaha Dr. ini, tak perlulah nak sibuk dengan urusan hari tua org lain, dia tak laluinya.. selain daripada usaha strategik bagi memastikan Dr. tidak mendapat penghargaan dari rakyat bawahan sekiranya usaha Dr berjaya. Dia orang memang dilahirkan untuk menjadi seorang yang busuk hati dan hidupnya.

Leave a Reply to Qisha amel Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge