Nampaknya masih ramai lagi masyarakat khususnya pemegang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengeluh dan memohon bantuan agar pengeluaran terakhir i-Citra sebanyak RM10,000 dibenarkan.
Ia kerana, terdapat segelintir rakyat yang masih berada dalam keadaan terdesak dan berusaha memulakan kehidupan akibat dibuang kerja, pemotongan gaji serta hilang punca pendapatan ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, perkara itu akan dibincangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk diperhalusi sebelum sebarang keputusan dikeluarkan.
Tambahnya lagi, kemungkinan pengeluaran terakhir ini akan diberikan pilihan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja dan mempunyai baki yang mencukupi.
BACA : RM10,000 KWSP One Off : Antara Harapan dan Kekecewaan
Malam ini selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, saya sempat berbincang dengan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob buat kesekian kalinya mengenai isu yang banyak dibangkitkan oleh rakyat khususnya mengenai tuntutan mereka untuk mengeluarkan buat kali terakhir wang simpanan mereka dalam KWSP i-Citra RM10k.
Saya memberikan penjelasan kepada YAB PM bahawa ramai yang memang dalam keadaan susah dan terdesak pasca PKP untuk memulakan kehidupan akibat dibuang kerja, pemotongan gaji, cuti tanpa gaji dan hilang punca pendapatan sejak awal tahun lagi. Dengan pelbagai komitmen dan hutang yang tertunggak, rata-rata begitu memerlukan pengeluaran buat kali terakhir untuk kelangsungan hidup, bahkan ada yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan.
Saya turut mencadangkan, mungkin untuk pengeluaran kali terakhir ini, diberikan pilihan kepada yang memang benar-benar berkeperluan mendesak yang memerlukan mereka membuat permohonan dan terhad kepada yang mempunyai baki yang mencukupi.
Hakikatnya, YAB PM juga mengakui keperluan tersebut dan membaca setiap komen-komen di media sosial beliau yang memperlihatkan ramai memberikan maklum balas serupa mengenai isu i-Citra KWSP ini.
Beliau menyatakan kepada saya untuk beliau berbincang dan membawa perkara ini kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul agar dapat diperhalusi cadangan yang dikemukakan.
InsyaAllah saya akan terus susuli dan follow-up bagi pihak rakyat yang memerlukan.
#PemudaJurubicaraRakyat
#TradisiMembelaRakyat
#TuntutanRakyat
#KWSP
#iCitra