I Citra KWSP one off

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Selangor (PGIR) menuntut kerajaan untuk membenarkan permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 secara bersasar mengikut kategori kepada mereka yang memerlukan.

Presidennya, Azmi Mohd Tahir berkata, desakan dibuat susulan pihaknya menerima lebih 134,000 borang aduan memohon pengeluaran caruman disebabkan kos sara hidup semakin tinggi.

“Dalam tempoh dua minggu dari 17 Julai hingga 31 Julai 2022, kami buka borang aduan pencarum di platform media sosial dan mendapati hanya 134,903 aduan telah diterima dari pencarum manakala yang melihat borang berkenaan adalah 2.8 juta netizen.

“Dengan itu, kami akan utamakan mereka yang telah buat aduan ini. Andai kata, usul ini diterima maknanya mungkin akan penambahbaikan sama ada nak dibuka kepada semua atau pun bersasar. Apa pun ia bergantung atas budi bicara Menteri Kewangan,” katanya.

Pengeluaran Khas KWSP

4 Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Azmi berkata demikian pada sidang media selepas selesai bermesyuarat bersama Majlis Senator Malaysia (MSM) di Bangunan Parlimen berhubung empat tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 dari pencarum mengikut kategori dan keperluan di sini hari ini.

Antara empat usul tuntutan pengeluaran yang dikemukakan adalah suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan serta bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum, berhenti kerjsa sukarela atau tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selain itu, pencarum golongan B40 dan M40 yang berusia 54 tahun dan ke bawah yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 dibenarkan keluar 30 peratus daripada akaun itu.

Manakala pencarum yang mempunyai baki Akaun 1 kurang daripada RM20,000 pula dibenarkan untuk mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan bagi sebanyak RM200 di dalam mereka.

Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Kredit Gambar : FB Azmie Bugis – AB

Mengulas mengenai pertemuan bersama MSM, Azmi Mohd Tahir berkata, tuntutan yang dikemukan itu mendapat sambutan yang baik serta sokongan. Sehubungan itu, beliau berharap ia akan dibentangkan di dewan rakyat bagi membantu mereka yang terkesan dengan perubahan ekonomi yang semakin meruncing.

“Daripada perbincangan tadi maklum balas sangat positif, MSM dilihat memang menyokong. Cuma mereka minta berikan carta jumlah simpanan anggaran pencarum dari Akaun 1 dan saya sudah nyatakan, anggaran dalam RM80,000.

“MSM juga maklum mereka akan bawa hal ini kepada dewan rakyat pada Oktober ini dan surat ini juga telah dihantar kepada Timbalan Menteri Kewangan.

Jika MSM atau kerajaan tidak ambil peduli hal Pengeluaran Khas KWSP 2.0 ini maknanya ada sesuatu yang tidak betul. – MalaysiaGazette

5 Comments

  1. Kalau boleh memang nak keluarkan untuk anak sambung belajar…lain xde la so far takde la terkesan sangat…

  2. Saya nk keluarkan duit kwsp sebab masalah kewangan sekarang disebabkan covid yg melanda.saya dah kehilangan keje sebelum ni.saya harap sangat duit kwsp sekarang untuk meneruskan hidup

  3. saya setuju dan berharap dapat membuat pengeluaran KWSP utk menampung perbelanjaan saya abg single parent bersama 8 org ank dgn tiada di bantu dgn sebarang bantuan oleh kerajaan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge