I Citra KWSP one off

Masyarakat nampaknya masih rancak dengan perdebatan dan berharap agar kelulusan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off dilakukan segera.

Namun, menurut Perunding Kewangan, Ieza Yusuf, kurangnya kesedaran dari segi pengurusan wang dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini merupakan faktor utama mengapa pihak terlibat gagal bangkit dari kemiskinan.

Bagaimanapun, Ieza bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa ramai ahli KWSP akan bersara pada garis kemiskinan jika pengeluaran tambahan dilaksanakan.

iSinar Akaun 1

Namun, itu tidak bermakna pengeluaran KWSP secara one-off tidak boleh dilakukan.

“Pendapat saya sebagai perancang kewangan, dalam keadaan semasa berlakunya wabak pandemik COVID-19 dan bencana banjir, rakyat berada dalam fasa gangguan emosi. Sebab itu, solusi yang ada hanya (pengeluaran) KWSP.

“Saya bersetuju untuk orang yang ada jumlah wang RM10,000 itu, untuk mengeluarkan wang tersebut disebabkan bagi memperbaiki emosi itu dahulu. Tetapi dengan syarat, kita mesti tahu ilmu cara mengurus,” jelasnya.

Baca juga : Alternatif i-Citra KWSP : Tambahan Bantuan Atau Galakan Berhutang?

Artikel Berkaitan : Rakyat Bukan Saja-saja Tuntut Pengeluaran RM10K i-Citra KWSP!

Tegasnya lagi, adalah lebih baik sekiranya bakal pengeluar wang simpanan tersebut diberi pendedahan dengan pengurusan kewangan yang betul sebelum mereka menerima wang mereka agar wang tersebut dapat diurus dengan baik dan teratur.

Terbaharu, Tengku Zafrul menerusi hantaran dilaman Facebook miliknya, tampil menjelaskan mengenai isu Pengeluaran Khas i-Citra dan implikasinya terhadap keluarga Malaysia, perniagaan dan ekonomi negara.

Sebelum ini, bancian awam berkaitan pengeluaran KWSP i-Citra oleh Pemuda UMNO baru-baru ini mendapati 97.1 peratus atau 21,524 individu memerlukan pengeluaran RM10,000 secara one-off bagi meringankan beban ketika ini.

Bagaimanapun Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak bersetuju dengan pengeluaran tersebut dan bancian yang dilakukan oleh Pemuda UMNO itu tidak dapat dipastikan kesahihanya memandangkan tidak diketahui bagaimana ia telah dilaksanakan.

24 Comments

    1. In me rm10, ooo, only above rm90,ooo is allowed out money in one off kwsp, and above rm10, 000 is not allowed out money in kwsp hope all thing that, more on that that cover19
      Still no completely good even problem about thy need help about bad weather. All on only government seeing in deeply what happened. Thay all on this time very bad. Thy need some help that is money.

    2. Bismiillahi…..
      Saudaraku,bilamana engkau tidak mengembalikan hak2 mereka sehingga mereka terpaksa bersusah payah meminta-minta diatas kesenanganmu….ketahuilah,engkau berada di jurang kebinasaan……
      Ketahuilah..Engkau takut mereka akan menjadi miskin setelah engkau memulangkan hak mereka……sedangkan engkau tahu Allah swt yang menjanjikan rezeki setiap makhluk ciptaannya…….
      Saudaraku….perhaluskanlah kata-kata ini dengan akal dan fikiranmu yang jernih…..bukan sekadar mengandalkan kepandaian lahir sahaja…..kerana belum sempurna ilmu dan akalmu….
      InshaAllah…….

  1. So boleh keluar ke tak masalah nya ni,sembang boleh, ckp pusing²

  2. kesan apa kepada ekonomi, kwsp tiada kaitan dengan ekonomi kerana ianya hanyalah diantara pekerja dengan majikan yang mencarum kecuali kerajaan guna duit tersebut tanpa pengetahuan rakyat.

    1. For the pandemic that has happened and also for the situation that people are going through this 10k withdraw will be releive for most of the people. We do understand it’s our hard earn money. But there is a requirement at the moment. There’s is so many class B40, M40 n go on. We in M40 group also affected because most of the group entitle for Government aid only B40 group. At least our money will be very helpful for M40 group.

  3. Memang cukup-cukup pelaq betui laaa tengku zahrul ….. Bodooo untuk kepentingan lepa ajaaa…. Nak bagi rakyat mampuih dengan berhutang ajaaa…..
    Lepa sapu duit rakyat boleh ajaaa berjuta-juta … Yang rakyat nak duit sendiri untuk meneruskan kehidupan nak bayar hutang tertunggak banyak songeh pula….. Tunggulah PRU nanti…. Akan kena maki lah jawabnya…..

    1. Bukan ari tua susah,sekarang ni orang tgh susah.bangang

  4. Buat la syarat yg.ketat
    ….pastikan minimum dalam account 1 tidak kurang dari 100k baru boleh bawa keluar 10k…dan umur mesti 40tahun keatas.

    1. Kepala hotak hang .jadi yang umur 30an ne tak ada masalah ke? Tak perlu guna duit ke nak bagi anak makan nak bayar sewa rumah.. kalau hang nak tnaggung keluarga kami boleh jgk.

  5. Buat la syarat yg.ketat
    ….pastikan minimum dalam account 1 tidak kurang dari 100k baru boleh bawa keluar 10k…dan umur mesti 40tahun keatas.

  6. This is the last time we needed to use our own saving money to cover the cost and maintain survival of this COVID

  7. Talk less more action EPF is our savings money we’ll do want is important

  8. Bagi jelah keluarkan duit kami… Mmg bantuan semua diberi… Tapi adakah bantuan yang diberi boleh melunaskan hutang-hutang rakyat? Beras2 dan bantuan makanan semua adakah dapat melunaskan hutang piutang? Tolonglah berfikir guna otak.. terima kasih..

  9. Saya sebagai rakyat Malaysia berjanji akan menguruskan kewangan Saya apabila dpt RM10K one-off dr KWSP Dan tidak akan mengharapkan kerajaan utk menyuap Saya Dan juga akan lebih berdikari dlm isu kewangan Saya. Tolong approve RM10k One-off

  10. I believe my fellow Malaysians which for those badly,Urgently needed this 10K one-off i dont understand WHY such as so difficult to withdraw their own savings..is just simple method only those having more 50K above approve it full & below maybe can suggests a partially payment so that they know as WHY to be given such amount of payment..regarding for our old age savings retirement plan I’m sure we all know that much important,needed to safe…but NOW is not a good time dont accept to borrow fm the Banks,Loan sharks @ else,everybody is desperately need this withdrawal…my Wish hope the King/Queen of Malaysia look into this & make it happen…God bless all,Serve all,regards.

  11. This is our saving money.. why take so many time to approve? its is your bapa punya duit ke?

  12. Kita pencarum ni mahukan tuk kali terakhir 10k icitra dilaksanakan bkn utk beli dadah tp utk selesaikan bil2 tunggakan yg sikit lg diuruskan disamping penambahan modal perniagaan kecil2an kami berdaftar jg sbg ahli amanah ikhtiar msia tp pinjaman x blh bsr dan kena byr balik andainya 10k drp caruman blh dikeluarkan tu lbh baik sbb ni duit sendiri bknnya pinjaman

  13. sebagai pencarum kwsp ,Kita memang ade hak ketas semua duit yg telah Kita buat caruman.duit itu adalah hasil titik peluh Kita bekerja..KWSP hanya lah sebagai org tengah diantara Kita pekerja Dan majikan..knapa payah sangat nak bagi .Kita tuntut yg mana memang hak Kita..bukan hak kerajaan ..lagipun in adalah untuk Kali yg terakhir Kita mintak..

  14. Macam kelakar. Duit sendiri yang kita nak keluarkan tetapi cam mengemis pulak. Bukannya sesuka hati nak keluarkan. Itu yg kerajaan nmpk, kalau keluarkan skrg, ramai yg akan ssh di usia persaraan. How do you know about someone’s future. Entah² blm sampai usia tua, dah jln dulu. So apa plak jaminan slps tu.

  15. Kenapa x bleh keluarkn dngan 10k dpt buat modal utk rakyat tak ada atau hilang kerja utk berniaga pada ekonomi yg baru nk naik semula .
    Yg ada caruman bukan nya budak yg nk bagi secara ansuran.
    Atau menteri yg nk ambil peluang ni

  16. Assalamualaikum.bagi sudah lah..susah sangat ka,

  17. Mereka yang tidak terkesan dengan masalah kewangan tidak akan faham mengapa perlu wang tunai untuk kelangsungan hidup..

    apa yang ada segera sekarang ialah KWSP

  18. sya ni sampai nak jual dh kereta.. kerana tidak tahan bank dok kejar sya ja… mati la lagu ni yb.. menteri… tuan2.. orang atasan.. tolong faham orang bawahan mcm kami ni.. duit simpanan semua dh habis.. tunggu masa nak gantung diri dh sekarang ni.. kes2 mcm ni jugak lah.. kematian dalam negara meningkat… tak payah fikir bab negara lagi waktu sekarang ni.. fikir bab hati sesama manusia.. dh la tak ada duit.. hati tak tenang.. dok fikir nk bayar komitment bulan2 tak lepas… tak banyak.. baki hanya sedikit ja lagi… tak akan jatuh miskin negara ni.. kalau one off 10k di keluarkan.. sekian..,

Leave a Reply to Tai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge