Tabung Haji 2020

Arab Saudi akan mula menerima jemaah umrah antarabangsa secara berperingkat bermula 1 Muharram 1443H (9 Ogos) dengan beberapa syarat seperti jemaah lengkap divaksin.

Bakal jemaah mestilah mempunyai rekod kesihatan yang baik serta mematuhi protokol ditetapkan bagi memastikan keselamatan jemaah antarabangsa.

Dengan kapasiti yang akan meningkat kepada 2 juta jemaah dari 60,000 jemaah setiap bulan, Mekah dan Madinah akan mula menyambut pengunjung dengan mengambil langkah-langkah pencegahan COVID-19.

umrah norma baharu

Peraturan Terkini Umrah oleh Saudi Arabia

1. Hanya jemaah berumur 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan pergi Umrah.

2. Jemaah yang telah lengkap vaksin sahaja dibenarkan pergi Umrah. Jenis vaksin yg dibenarkan Arab Saudi ialah Pfizer, Moderna, Johnson & AstraZeneca. (Utk Sinovac, jemaah perlu ambil 1 dos “booster” daripada Pfizer, Moderna, Johnson atau AstraZeneca sebagai syarat)

3. Daftar jenis vaksin diambil dalam https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home dan bawa salinan pengesahan vaksin untuk semakan pihak berkuasa Arab Saudi.

4. Visa Umrah dan visa Pelancongan dibenarkan buat Umrah.

5. Jemaah perlu install aplikasi Tawakkalna & Eatmarna dlm phone masing-masing. (Tawakkalna – untuk pantau kesihatan & pergerakan jemaah (spt my sejahtera), Eatmarna – untuk pohon permit Ibadah Umrah, ziarah raudah dan solat di Masjidlharam)

6. Muatan bilik maksimum 2 orang sahaja.

7. Muatan bas, maksimum 25 orang sahaja atau 50% untuk bas, SUV 5 orang dan sedan 2 orang.

8. Tempahan bilik dan kenderaan secara sistem online. Jika jemaah membuat pembatalan pakej setelah tempahan dibuat. Bayaran refund tidak akan diperolehi. Tiada perubahan dibenarkan apabila tiba di Arab Saudi.

9. Sebelum terbang ke Arab Saudi, jemaah perlu lakukan ujian PCR dalam tempoh 72 jam dari waktu berlepas dengan keputusan negatif. Kertas keputusan perlu dibawa ke Saudi.

10. Tiada kuarantin di Arab Saudi.

11. Ibadah Umrah dan ziarah Raudah perlu ada permit (diuruskan oleh agensi Umrah bagi visa Umrah sahaja).

12. Permit ibadah Umrah dan ziarah Raudah akan dipohon dari Malaysia sewaktu permohonan visa Umrah.

13. Tiba di Arab Saudi, agensi atau jemaah perlu sahkan slot ibadah Umrah dan ziarah Raudah selewat-lewatnya 24 jam sebelum slot ibadah Umrah atau ziarah Raudah. Selepas slot disahkan, tidak boleh dipinda atau batal. *Tabung Haji Travel Services tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah tidak berpeluang menunaikan umrah atau ziarah Raudah setelah slot dipinda atau batal oleh jemaah

14. Ibadah Umrah dan ziarah Raudah hanya boleh dibuat sekali sahaja dalam tempoh pakej. Permohonan melakukan umrah kali ke-2 akan dapat slot atau kelulusan selepas 14 hari dari tarikh melakukan umrah pertama. Tertakluk kepada kekosongan slot.

15. Bagi pemegang Visa pelancong, urusan permit ibadah Umrah dan ziarah Raudah harus buat sendiri oleh jemaah (self service) melalui aplikasi Eatmarna.

Baca juga : CARA MENDAPATKAN PERMIT UNTUK UMRAH DAN SOLAT DI MASJIDIL HARAM DAN RAWDAH

Eatmarna mobile umrah permit

16. Pergerakan Ibadah Umrah dan ziarah Raudah secara berkumpulan (25 org setiap kumpulan) dan diiring oleh pegawai Saudi atau wakil operator Umrah. Jika jemaah menaiki SUV atau Sedan ( FIT), mereka akan dikumpulkan mengikut slot sehingga kumpulan mereka mencukupi 25 orang untuk melakukan ibadah Umrah atau ziarah Raudah.

17. Aktiviti ziarah, jemaah boleh turun dari bas tetapi tertakluk kepada keadaan dan kebenaran semasa oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

18. Solat 5 waktu di masjid Nabawi tidak perlu permit, hanya perlu scan Tawakkalna.

19. Solat 5 waktu dalam Masjidilharam perlu permit. Jemaah perlu mohon sendiri dalam aplikasi Eatmarna, selewatnya sehari sebelum solat dan tertakluk kepada kekosongan.

20. Sebelum pulang ke Malaysia, jemaah perlu lakukan ujian PCR di Arab Saudi dalam tempoh 3 hari (72 jam) sebelum tarikh atau waktu penerbangan dengan keputusan negatif. (Kos PCR ini telah termasuk dalam harga pakej)

21. Tawaf wada’ masih belum dibenarkan.

22. Tiba di Malaysia, jemaah akan dikenakan kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. (Kos kuarantin jemaah adalah dibawah tanggungan sendiri)

*Semua peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.

Baca juga : PENGALAMAN INDAH TAWAF NORMA BAHARU KELILING KAABAH

umrah 2021

Perlindungan Insurans Covid-19

1. Jika jemaah positif Covid-19 di Arab Saudi, kos kuarantin akan dilindungi insurans SR450 seorg sehari (termasuk makan 3 kali sehari) dan maksimum perlindungan 14 hari. Jika kos kuarantin melebihi perlindungan insurans, jemaah perlu tanggung kos tersebut.

2. Kos ujian PCR tidak dilindungi insurans.

3.Tiket penerbangan hanya dilindungi sebanyak SR500 bagi pertukaran tarikh penerbangan sahaja.

1 Comment

Leave a Reply to abambam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge