Musim perayaan lebih bermakna apabila dikelilingi kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat tersayang. Namun bagi golongan terpinggir dan dilupakan, mereka tidak lagi berpeluang merasai kebahagiaan dan nikmat itu yang sering kita lupa hargai.
Tahun Baru Cina ini, Shinjiru Technology Sdn Bhd (Shinjiru) terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada kira-kira 60 warga emas – penghuni pusat jagaan Bandar Damai Home Care, Cheras yang memerlukan pertolongan serta menaikkan semangat mereka sempena musim perayaan tersebut.
Pengarah Jualan Shinjiru, Wani Shaari berkata, syarikat itu telah mengumpulkan pelbagai sumbangan termasuk bantuan peribadi daripada kakitangan dan pihak pengurusan Shinjiru. Tujuannya adalah untuk mendekati dan mengurangkan bebanan golongan yang kurang bernasib baik.
“Sebahagian warga emas ini pernah didera, terabai dan dipinggirkan oleh ahli keluarga sendiri. Kami amat bertuah dengan peluang mendekati dan merayakan Tahun Baru Cina bersama mereka, kami harap usaha ini serba sedikit dapat membawa keceriaan kepada mereka,”
Anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi (SRC) Shinjiru, tetamu kehormat majlis iaitu para penghuni pusat jagaan diraikan dengan persembahan istimewa dan acara melambung yee sang sebelum dihadiahkan dengan paket angpao.
Ahli SRC Shinjiru membuat kunjungan pada hari sebelum majlis itu untuk menghantar sumbangan termasuk perabot plastik, periuk nasi, lampin dewasa, cecair pencuci, barang-barang dapur dan kelengkapan harian lain. Syarikat itu turut menyumbangkan RM 3,888 kepada pusat jagaan tersebut pada majlis berkenaan.
Pengeluar dan pengedar produk Mu’min, Meswak Mu’min Sdn. Bhd., turut menyumbangkan alat-alat jagaan dan kebersihan diri dalam bentuk beg hadiah dan hamper kepada para penghuni.
Bandar Damai Home Care menawarkan jagaan rawatan dan kesihatan, ubat-ubatan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan, fisioterapi, akupuntur dan rawatan refleksologi untuk warga emas dalam kemudahan yang bersih dan lengkap.
Organisasi berkenaan menyediakan tiga buah pusat jagaan dengan kapasiti 60 katil yang diuruskan oleh pesara hospital kerajaan veteran dan berpengalaman, dibantu oleh jururawat-jururawat terlatih.
Pengurus Operasi Shinjiru, Uvaraj Nadeson yang mengetuai aktiviti SRC untuk bulan Januari berkata, “Kami berharap dapat meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikan yang memberi lebih impak. Sumbangan rakan-rakan sekerja yang berhati mulia memberi inspirasi kepada kami untuk terus menghulurkan bantuan.”
Untuk maklumat lanjut tentang Shinjiru, lawati www.shinjiru.com.my atau akaun social media kami (YouTube, Facebook, Instagram, Twitter: Shinjiru Hosting) untuk perkembangan atau promosi produk dan perkhidmatan terkini dari Shinjiru.